PEMBERITAHUAN


PENGUMUMAN RASMI :

Mengumpul segala maklumat dan perkembangan Mantan SMKAS 88-89. Sila emel segamatsmka@yahoo.com

Kepada ahli, sila emel perkara tersebut :

1) Laman Web tempat anda bekerja @ laman web blog /Friendster/MySpace/ Facebook sendiri jika ada
2) No telefon dan emel
3) Alamat tempat bermastautin terkini

Sila tinggalkan komen/respon anda demi memeriahkan lagi blog ini. Terima kasih.

AKTIVITI AKAN DATANG:

Thursday, June 18, 2009

Kumpulan Cerpen - Mencari Gayung

Kumpulan cerpen ini terdiri dari 23 buah cerpen saya yang rata-ratanya tersiar di akhbar arus perdana dan majalah-majalah. Cerpen-cerpen ini adalah himpunan cerpen saya yang tersiar dari tahun 2003 hinggalah 2008. Saya bersyukur amat. Kandungannya sedikit berbeza dengan novel yang pernah saya hasilkan. Ia lebih menjurus kepada pemikiran, falsafah, sufistik, satira dan tentu sekali ia mencakupi elemen seni dan budaya yang saya perjuangkan melalui penulisan. Ia lebih berat, langgam dan lenggok bahasanya adalah permulaan transisi dari aliran genre penulisan puisi. Sesetengahnya pula menggunakan bahasa yang lebih mudah difahami, ada kalanya pula agak berat sedikit.

Buah tangan ini amat manis sekali, saya tidak dapat memberi saranan dan komentar terhadap kumpulan cerpen ini melainkan saudara kawan-kawan yang sendiri membaca untuk menilainya sendiri. Insya-Allah akan berada di pasaran tidak lama lagi.

Salam manis dan terima kasih juga kepada teman-teman yang sentiasa menyokong, mendorong dan juga memberi kritikan terhadap kerja-kerja penulisan saya. Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkannya, sila ke laman web dawama kiranya sukar untuk didapati di kedai-kedai luar. Sila klik sini Dawama.

Ini karya saya yang terbaharu, dapatkan secara online. Mudah sikit kerja. Kalau nak pergi cari korang takda masa.

Bro Limbong

Salam - Perjumpaan

Salam,

Apa khabar kawan2 semua? Harap semua sihat adanya. Dan sesekali tulislah entri di blog. Saya sedang merancang untuk perjumpaan berbuka puasa beramai nanti. Dijangkakan bulan puasa hujung bulan Ogos kelak.