PEMBERITAHUAN


PENGUMUMAN RASMI :

Mengumpul segala maklumat dan perkembangan Mantan SMKAS 88-89. Sila emel segamatsmka@yahoo.com

Kepada ahli, sila emel perkara tersebut :

1) Laman Web tempat anda bekerja @ laman web blog /Friendster/MySpace/ Facebook sendiri jika ada
2) No telefon dan emel
3) Alamat tempat bermastautin terkini

Sila tinggalkan komen/respon anda demi memeriahkan lagi blog ini. Terima kasih.

AKTIVITI AKAN DATANG:

Friday, March 6, 2009

28/2/09 - Perjumpaan Di Flat Seri Melaka

Salam, sempat juga kami berkumpul di rumah mentua saya. Awal2 lagi saya telah menghantar SMS menjemput rakan2 untuk hadir. Kebetulan isteri saya berada di rumah ibunya. Alhamdulillah, walaupun hanya Bro Kolon dan Samad yang hadir, namun banyak perkara yang dapat diperbincangkan. Terima kasih kepada keluarga Bro Kolon n Samad yang datang dengan angkatan 'tenteranya'. :)

Alhamdulillah, isteri saya ucap terima kasih kepada semua yang hadir.

Saturday, February 21, 2009

TAHNIAH BRO LIMBONG!

SALAM!
Kegusaran yang melanda sejak beberapa hari lalu, kini bertukar gembira kepada Bro Limbong. Masa yang ditunggu2 dah tiba. Isterinya telah selamat melahirkan seorang Putera yang comel pada hari Jumaat tanggal 20 Februari 2009. Rasanya ramai antara kita yang dpt sms drp Bro Limbong hari tu.
Apapun, syukur alhamdulillah semuanya dah selamat dan kita doakan mereka sekeluarga sentiasa sihat. Tahniah Limbong kerana dah masuk club kaum BAPA. Kami yg dah berderet2 anak ni, byk pengalaman yang boleh dikongsi.

Monday, February 2, 2009

Perjumpaan Lama


Tahun bila kita mengadakan perjumpaan ini ya? Di TT Titiwangsa. (hari tu Kolon tanya tentang gambar ini)

Friday, January 9, 2009

Novel Mantera Hitam

Sinopsis/Blurb

SPIRIT OF THE COIN... sebuah permainan mistik yang menggunakan duit syiling untuk menyeru roh orang yang sudah mati. Kehadiran roh akan iketahui apabila duit syiling yang digunakan bergerak sendiri.

Pada suatu malam dalam perkhemahan di tepi sungai, Nik mengajak Hizal dan Tunku bermain spirit of the coin.Perasaan takut dan teruja saling berbaur. Walaupun Hizal dan Tunku memperlekehkannya, namun naluri ingin tahu lebih menguasai.

Namun apabila bulu tengkuk meremang, mereka saling berpandangan. Serentak dengan itu, guruh berdentum di langit. Bau kemenyan menyantak ke hidung. Gerimis mula menerjah.Akibatnya, mereka direnggut ke alam yang tidak pernah dialami selama ini. Perbuatan mereka itu mengundang kecelakaan,
menjemput malapetaka yang tiada berkesudahan.

MANTERA HITAM... sebuah novel fiksyen fantasi yang akan membawa anda merentasi alam ghaib,
sehingga berasa tidak lagi berada di alam realiti!

Untuk Rakan-rakan - saya persembahkan novel ini - belilahlah yang original hehehe ... - Bro Limbong

Friday, December 26, 2008

Selamat Tahun Baru Hijrah 1430

Salam,

Semoga tahun baru ini akan memberi keberkatan dan juga rezeki yang lebih baik biarpun ekonomi dijangka akan merudum. Sebagai mahluk Allah, kita patut bersyukur dan bertawakkal agar rezeki kita di tahun baru ini tetap ada dan keadaan ekonomi tidak akan menjadi seteruk yang diramalkan. Sentiasa amalkan sikap berjimat cermat.

Maaf jua saya minta kepada kengkawan kerana tidak dapat mengadakan jamuan yang dirancang atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Terdahulu, ada juga sahabat2 yang menalipon saya mengatakan mereka tidak dapat hadir sekiranya jamuan tersebut diadakan atas sebab bercuti panjang atau pergi makan angin.

Namun, saya mencadangkan agar sekiranya ada antara sahabat yang hendak berkumpul, bolehlah kita berkumpul di mana2 tempat di Kuala Lumpur pada penghujung December 2008. Sila beri cadangan.

Wassalam.

Saturday, December 13, 2008

Waktu Prep


Inilah antara gambar yang diambil sewaktu prep dahulu. Meriah kan? Hehehe

Pengumuman

Salam,

Alhamdulillah sahabat kita, Bro Zureen akan bertugas sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN), gred M52 di pejabat KSN, JPM pada 15.12.2008. Tahniah kita ucapkan kepada Bro Zureen.

Friday, November 28, 2008

Pengumuman Penting!

Salam semua,
Kepada rakan-rakan saya, Januari 2009 insya-Allah saya akan bekerja di syarikat penerbitan Pekan Ilmu Publications sebagai editor. Jadi, inilah peluang kepada rakan-rakan yang berminat samada untuk menulis karya kreatif atau non-kreatif; untuk diterbitkan. Saya sedang mencari bahan-bahan yang sesuai untuk projek tahun depan.

Karya Kreatif : Novel - tidak kira genre - fiksyen, sains fiksyen, misteri, thriller, fantasi, cinta (errr ... kalau boleh janganlah cinta yang meleleh tak tentu fasal, biar cinta yang membawa motivasi dan boleh dijadikan contoh, kalau cerita cinta meleleh mungkin susah nak lepas) dan sebagainya.

Karya Non Kreatif - Penulisan akademik, buku2 agama, IT, media & komunikasi, kesihatan, perladangan n penternakan, berkenaan kerjaya dan sebagainya ... hubungi saya di mekmulong@gmail.com dan sila lawati laman blog tak rasmi syarikat penerbitan tersebut di :
Blog Mek Mulong
- sila klik sini.

Nanti saya akan detail out tentang format, royalti dsb.
Jangan lepaskan peluang ini, saya akan membantu rakan2 semua. Sila sampaikan kepada rakan-rakan yang lain. Kepada rakan-rakan yang dahulu menulis semasa di sekolah, sekarang inilah masanya untuk anda mengeluarkan semula bakat terpendam anda! Sampaikan juga kepada isteri dan suami anda semua ... thehehe ...

Friday, November 14, 2008

Basuh Dinding Asrama

Nampaknya tiada tarikh yang tercatat pada gambar yang telah diimbas (scan), hanya ingatan sahaja yang terpaku. Tujuan membasuh dinding ini seingat saya adalah untuk melukis mueral. Entah ada lagi atau tidak lukisan mueralnya, saya tidak pasti. Mungkin ada, mungkin juga sudah tiada lagi. Yang penting ia terlukis pada dinding kenangan.

p/s : Ya, apa cerita orang Johor, mengapa sepi tanpa berita? Masih menunggu orang lain untuk menggerakkan perjumpaan di sana? Ataukah diri sendiri yang enggan berusaha untuk bertemu. Ya, terpulanglah kpd sdr2 semua. Semua orang bizi sangat agaknya?

Sdr2 saya yang di sini apa khabar agaknya?

Bergendang di BSLN - 15/11/08


Sila klik gambar untuk besarkan saiz.

Salam kawan-kawan semua, saya mewakilkan sahabat saya dari BSLN ingin menjemput sesiapa yang lapang untuk hadir ke Balai Seni Lukis Negara, pada 15/11/08 (sabtu) - Jam 8.30 malam untuk menghadiri acara seni di Laman Santai BSLN pada malam tersebut. tiada bayaran - percuma sahaja. Kumpulan gendang saya ada juga bermain pada malam itu selain dari Imuda, S. Amin Shahab, Pak Pandir.