PEMBERITAHUAN


PENGUMUMAN RASMI :

Mengumpul segala maklumat dan perkembangan Mantan SMKAS 88-89. Sila emel segamatsmka@yahoo.com

Kepada ahli, sila emel perkara tersebut :

1) Laman Web tempat anda bekerja @ laman web blog /Friendster/MySpace/ Facebook sendiri jika ada
2) No telefon dan emel
3) Alamat tempat bermastautin terkini

Sila tinggalkan komen/respon anda demi memeriahkan lagi blog ini. Terima kasih.

AKTIVITI AKAN DATANG:

Friday, November 28, 2008

Pengumuman Penting!

Salam semua,
Kepada rakan-rakan saya, Januari 2009 insya-Allah saya akan bekerja di syarikat penerbitan Pekan Ilmu Publications sebagai editor. Jadi, inilah peluang kepada rakan-rakan yang berminat samada untuk menulis karya kreatif atau non-kreatif; untuk diterbitkan. Saya sedang mencari bahan-bahan yang sesuai untuk projek tahun depan.

Karya Kreatif : Novel - tidak kira genre - fiksyen, sains fiksyen, misteri, thriller, fantasi, cinta (errr ... kalau boleh janganlah cinta yang meleleh tak tentu fasal, biar cinta yang membawa motivasi dan boleh dijadikan contoh, kalau cerita cinta meleleh mungkin susah nak lepas) dan sebagainya.

Karya Non Kreatif - Penulisan akademik, buku2 agama, IT, media & komunikasi, kesihatan, perladangan n penternakan, berkenaan kerjaya dan sebagainya ... hubungi saya di mekmulong@gmail.com dan sila lawati laman blog tak rasmi syarikat penerbitan tersebut di :
Blog Mek Mulong
- sila klik sini.

Nanti saya akan detail out tentang format, royalti dsb.
Jangan lepaskan peluang ini, saya akan membantu rakan2 semua. Sila sampaikan kepada rakan-rakan yang lain. Kepada rakan-rakan yang dahulu menulis semasa di sekolah, sekarang inilah masanya untuk anda mengeluarkan semula bakat terpendam anda! Sampaikan juga kepada isteri dan suami anda semua ... thehehe ...

Friday, November 14, 2008

Basuh Dinding Asrama

Nampaknya tiada tarikh yang tercatat pada gambar yang telah diimbas (scan), hanya ingatan sahaja yang terpaku. Tujuan membasuh dinding ini seingat saya adalah untuk melukis mueral. Entah ada lagi atau tidak lukisan mueralnya, saya tidak pasti. Mungkin ada, mungkin juga sudah tiada lagi. Yang penting ia terlukis pada dinding kenangan.

p/s : Ya, apa cerita orang Johor, mengapa sepi tanpa berita? Masih menunggu orang lain untuk menggerakkan perjumpaan di sana? Ataukah diri sendiri yang enggan berusaha untuk bertemu. Ya, terpulanglah kpd sdr2 semua. Semua orang bizi sangat agaknya?

Sdr2 saya yang di sini apa khabar agaknya?

Bergendang di BSLN - 15/11/08


Sila klik gambar untuk besarkan saiz.

Salam kawan-kawan semua, saya mewakilkan sahabat saya dari BSLN ingin menjemput sesiapa yang lapang untuk hadir ke Balai Seni Lukis Negara, pada 15/11/08 (sabtu) - Jam 8.30 malam untuk menghadiri acara seni di Laman Santai BSLN pada malam tersebut. tiada bayaran - percuma sahaja. Kumpulan gendang saya ada juga bermain pada malam itu selain dari Imuda, S. Amin Shahab, Pak Pandir.

Sunday, November 9, 2008

Cabaran Panduan Mendidik Anak2

Salam dari bro Adipose, ada ole-ole darinya untuk manfaat kita semua. Sila muat turun dan klik di sini : Cabaran Mendidik Anak-Anak Di Zaman Milenium. Terima kasih Bro Adipose

Thursday, November 6, 2008

Kemalangan

Salam, agak lama juga saya tidak membuka emel segamatsmka@yahoo.com sejak kebelakangan ini. Tambahan pula dengan kekangan bekerja sendiri membuatkan saya terlupa bahawa emel ini wujud... hehehe. Tapi bila saya membukanya tadi, saya terbaca emel Bro Topot yang mengatakan bahawa keluarga rakan kita, Asiah bte Suari (Achik) mengalami kemalangan jalan raya.

Kemudian dari itu, barulah saya teringat bahawa Bro Kolon ada memaklumkan perkara tersebut semasa berkunjung di rumah Bro Kudin/Cinai. Kawan2, marilah kita doakan kesembuhan buat Sis Asiah sekeluarga. Kata Bro Kolon teruk juga kemalangan yang dialaminya itu. Kepada sesiapa yang mengetahui perkembangannya, silalah maklumkan di sini.

p/s : Oh ya, dengar cerita rakan2 puteri mahu membuat blog alumni kelas mereka, apa cerita?

Keduanya - saya agak sibuk sedikit menangani beberapa buah novel Insya-Allah akan terbit pada tahun hadapan. Doakan saya tekal dalam berkarya ya ... terima kasih. Buat masa ni, saya fikirkan bahawa perjumpaan akan datang hanya diadakan di rumah Bro Kolon yang dijangka diadakan pada 27/12/08. Cuma kita menunggu pengesahan sahaja dari Bro Kolon tentang perkara itu. Insya-Allah kawan-kawan akan sampai sekiranya tiada halangan dan aral, amin.

Ketiga - sila sebarkan kepada rakan-rakan lain tentang kewujudan blog ini.