PEMBERITAHUAN


PENGUMUMAN RASMI :

Mengumpul segala maklumat dan perkembangan Mantan SMKAS 88-89. Sila emel segamatsmka@yahoo.com

Kepada ahli, sila emel perkara tersebut :

1) Laman Web tempat anda bekerja @ laman web blog /Friendster/MySpace/ Facebook sendiri jika ada
2) No telefon dan emel
3) Alamat tempat bermastautin terkini

Sila tinggalkan komen/respon anda demi memeriahkan lagi blog ini. Terima kasih.

AKTIVITI AKAN DATANG:

Tuesday, October 28, 2008

Rumah Terbuka Bro Zureen- 27/10/2008

Berdiri dari kiri - bro Limbong, bro Zureen
Duduk dari kiri - bro Kudin@Cinai, bro Kolon

Alhamdulillah syukur, kebetulan bersempena dengan Diwali, bro Zureen mengadakan rumah terbukanya. Walaupun tempatnya agak jauh di Taman Bukit Semenyih, kami sampai juga walaupun telah sesat hampir sejam. Dan terima kasih juga kepada Bro Kudin yang seawalnya tiba di situ jam 2ptg dan menanti saya hadir, begitu juga dengan Mr Kolon yang sampai selepas bro Kudin. Memang kalau tidak biasa, melelong jawabnya untuk sampai ke rumah Bro Zureen. Menurut Bro Zureen, akan datang dia akan membuat rumah terbukanya di Bukit Gasing pula memandangkan bateri henfonnya hampir habis kerana melayani panggilan bertanyakan rumahnya.

Kaum ibu - Sis Shikin (isteri Mr Kolon) dan Sis Azie (isteri Bro Limbong) - rancak noooo bersembang ...

Saya sahaja menelefonnya lebih dari lima kali, barulah sampai ke rumahnya. Ya, kepada bro Zureen, terima kasih kita ucapkan kerana sudi mengadakan rumah terbuka dan paling istimewa, dapat menyambung dan mengakrabkan hubungan kita yang semakin renggang setelah semua bekerja. Diharapkan pada rakan-rakan lain, agar sentiasa berhubung dan meneruskan persaudaraan kita hinggalah akhir hayat. Kepada rakan-rakan di JB dan BP, bila lagi nak buat berjumpa dan berkumpul? Akan datang kita menunggu makan-makan di rumah Bro Kolon pada 27/12 pula ...

rakan2 SMKAS 88-89

Monday, October 27, 2008

Penghargaan + terima kasih

Alhamdullillah syukur kehadrat Ilahi kerana dengan keizinnanNya majlis rumah terbuka saya telah berjalan dengan lancar dangan cuaca yang elok serta berangin. Terima kasih juga kepada sahabat Bro Limbong, Bob, Mr Kolon, Zureen, Mr Samad serta keluarga kerana sudi meluangkan masa untuk hadir ke rumah saya. Saya minta maaf kepada yang hadir jika ada kekurangan dan kesilapan kami sekeluarga serta kalau hidangan 'tak best' buat kalian semua. Saya juga kurang meluangkan masa untuk sahabat saya pada hari tersebut kerana melayan tetamu yang lain dan diharap kalian jangan serik bertandang ke rumah kami sekeluarga. Diharap sahabat yang lain dapat menziarahi saya dikesempatan yang akan datang dan sama-sama meraikannya.

(gambar belum okey lagi utk di post)

-bro kudin aka cinai

Saturday, October 25, 2008

Rumah Terbuka Bro Kudin - 25/10/08

(dari kiri) Bro Kolon, Bro Kudin, Bro Zureen, Bro Samad dan Bro Limbong

Syukur alhamdulillah saya panjatkan kepada Ilahi, sekali lagi kami dapat berjumpa di rumah terbuka Bro Kudin. Kali ini lebih ramai dan dapat berjumpa serta bersembang agak lama jika dibandingkan dengan yang sudah-sudah. Mahbub - balik awal sangat (mungkin dia ada urusan agaknya yang perlu dilunasi). Saya (bro Limbong), Bro Zureen, Samad, Kolon - dapatlah kami bersembang agak panjang dan selesa. Dan terima kasih juga kepada Bro Kudin yang menganjurkan rumah terbuka untuk minggu ini, alhamdulillah. Bro Adipose balik Muar pula, kerana raya kelmarin dia tidak dapat balik kerana demam denggi, sebagai gantinya, minggu ini dia balik ke Muar.

Anak ayah ...Samad dan puteri keduanya, Nurul Izzah

Bro Kudin dan Bro Samad

Kalah sudah kumpul bergini, tentu sahaja kenangan sering mengusik perasaan, apatah lagi Bro Kudin mengeluarkan album lamanya. Kami tergelak besar melihat gambar-gambar lama semasa di SMKAS dahulu. Apa tidaknya, dengan aksi dan gaya yang pelbagai, tentu sahaja ia menggamit perasaan lucu serta terhimbau dengan kenangan lama itu.

Bro Kolon dan anak bongsunya ... (lupa nak tanya nama anaknya)

Walaupun, saya sangat bersyukur amat dapat bertemu kali ini. Insyallah 27/10/08 ini di rumah Bro Zureen pula di Semenyih.

(Gambar penuh, sila pergi klik album batch 88-89) Bakal dimuatkan nanti. Gambar2 ini terpaksa saya keiclkan saiznya, takut berat pula blog ini untuk dibuka.

Friday, October 24, 2008

bro kudin Hari Raya Open House

Saya merujuk kepada posted awal saya berkenaan Jamuan Hari Raya dan juga respond dari sahabat, saya mencadangkan agar sahabat2 semua dapat meluangkan masa menziarah saya sambil menjamu selera pada jam 3.30 ptg ke 4.00 ptg. Ini bertujuan disamping aktiviti ziarah dapat juga sahabat sekelian merapatkan kembali ukwah yang telah tersedia terjalin sejak dahulu (walaupun sekarang ni ???).

Ini adalah cadangan saya sahaja dan jika ada pendapat lain amatlah dialu-alukan. Sekian buat sahabat sekelian.

-bro kudin

Wednesday, October 22, 2008

Hari Raya Open House

Sahabat sekelian,

Merujuk kepada posted awal oleh Bro Limbong on Sunday October 12, di sini saya dengan berbesar hati ingin menjemput sahabat semua ke Jamuan Hari Raya seperti berikut:

Tarikh : 25 Oktober 2008 (hari Sabtu)
Masa : 12.00 tgh - 6.00 ptg
Tempat : No. 26, Jalan Yakut 7/13, Seksyen 7, 40000 Shah Alam

Amatlah diharapkan agar sahabat semua sudi menghadirkan diri (jangan cari alasan) ke jamuan saya nanti, insyaAllah.

Saya juga mencadangkan agar sahabat semua dapat berpakat2 untuk datang jam yang sama agar semua dapat bertemu kerana bukannya senang nak jumpa semua dalam satu masa dan tempat yang sama. Untuk bertemu dikesempatan yang lain belum tau lagi beb.

Sekian saje beb dan sehingga bertemu..

-bro kudin

Saturday, October 18, 2008

Rumah Terbuka Bro Limbong - 18/10/2008

Bro Mahbub dan salah seorang tenteranya ...paling awal sampai dan berpamitan.

Bro Kudin dan anaknya, baju biru - isteri Bro Kudin (sedondon wa cakap lu, chewahhh ...), pakai cap - Bro Zureen

Salam, syukur alhamdulillah, walaupun sedikit lambat memaklumkan tentang rumah terbuka di rumah saya, namun sambutan dari teman2 SMKAS amat menggalakkan. Terima kasih daun keladi kerana sudi mampir ke teratak saya.

Bro Zureen dan anaknya, Gue dan Bro Kudin

Bro Zureen & Bro Kudin

Untuk itu, saya pohonkan kemaafan kerana pagi tadi baru saya menghantar sms pada rakan-rakan. Saya bersyukur amat kerana dapat berjumpa sekali lagi selepas pertemuan di rumah Bro Mahbub. Kepada Bro Kudin, Bro Zureen, Bro Mahbub, Bro Adipose serta famili masing atas kesudian untuk hadir, jutaaan terima kasih saya ucapkan. Kepenatan merayapi segenap tubuh, tapi saya teruja amat untuk meletakkan entri pada hari ini juga. Sesungguhnya Allah telah melorongkan pertemuan kita walaupun jalan ke rumah saya sedikit berbelit. Saya kira pada masa akan datang, kalian bisa hadir ke rumah saya tanpa perlu bersusah-payah lagi. Jazakallahukhoiran kathira ...

Bro Adipose dan salah seorang tenteranya. Mari kita doakan untuk keselamatan isterinya yang bakal bersalin dalam jangka masa terdekat ini. Tentera ke - 4 ... hehehe ...

p/s :Semoga Allah memanjangkan lagi silaturrahim kita ...

Friday, October 17, 2008

Perjumpaan Di Majlis Walimatulurus Bro Kolon

Bila ek tarikh lu kenduri ni Bro Kolon? Kalau pada gambar ni tertera 11/5/98 atau mungkin boleh jadi 5/11/98 ... Kawan2 lain kalau ada gambar masa kenduri dulu kasi up la kat sini ... boleh kita kongsi ramai2, maklumlah kadang2 mana sempat nak pergi majlis tersebut, tambahan pula tiada kontek nombor kawan2 masa tu. Terima kasih.

Thursday, October 16, 2008

Dorm Husin

Di dalam dorm Husin

Monday, October 13, 2008

Bersama Junior Kita

sila klik gambar untuk besarkan saiz

Bersama junior kita, hehehe ... muda lela lagi semua masa ini. Sekarang ini sudah tidak tahu bagaimana wajah masing2. Dom Husin ni kalau tak silap aku...

Shamsul - Bro Junior Kita

Puas juga saya memikir, siapa ya yang menghantar mesej di chatbox, Sham? Sham mana ya? Tetapi setelah membuka emel, barulah saya benak saya terhantar ke sekolah. Ya, saya masih inga tlagi wajah ini ketika Shamsul terlantar di bilik sakit asrama ketika diserang asma. Wajahnya membiru dan nafas turun naik dengan cepat. Bagaimana ya sekarang, sudah sembuhkah dari sakit asma itu? Dan sudah bermastautin di Perak kah?

Untuk silatur rahim, jemput ke blog sdr Shamsul.
Sahabat2 masih ingat lagikah wajah di atas ini, bersama isteri dan anaknya yang tercinta?

Sunday, October 12, 2008

Rumah Terbuka Bro Mahbub

Syukur alhamdulillah, atas izin Allah, saya dan isteri sampai juga ke rumah baru Mahbub. Terletak di Shah Alam, Seksyen 23. Menurut isteri saya, kawasan itu agak baru. Setelah puas meraban entah ke mana, akhirnya dari jauh sudah ternampak khemah untuk makan-makan rumah terbuka. Terkejut juga saya, wah... dalam hati saya berkata "dah macam kenduri kahwin! Hehee..." Alhamdulillah, dari jauh saya sudah ternampah senyuman hingga ke pipi, iaitu sahabat kita Kudin. Dan tuan rumah, Bob menyambut kami dengan mesra. Ya, Bob adalah seorang sahabat yang sudah lama saya tidak jumpa setelah berakhirnya tahun 1989. Kemudian dari itu, ada juga sekali raya itu saya sampai ke rumahnya. Syukurlah.


Saya menyangkakan bahawa Bro Kolon sudah balik kerana menurut entrinya dia akan hadir seawal 11 pagi ke rumah Bro Bob tapi ternyata, Bro Kolon masih tidak sampai lagi. Kata Mahbub, mungkin antara jam 3.30 @ 4 ptg, Kolon akan tiba. Tapi sayangnya hingga jam 4 ptg kami sudah siap untuk beransur, Bro Kolon tidak tiba lagi. Tidak mengapalah, ujar Kudin, dia akan membuat rumah terbukanya 25/10 ini (akan diterbitkan di blog oleh beliau sendiri). Tidak lama kemudian Bro Zureen pun tiba dengan familinya.


Bro Zureen pula, terakhir saya berjumpanya ketika tahun 2006, ketika saya masih berkhidmat dalam PTD. Setelah dari itu, saya berhenti servis. Panjang juga kami bersembang, hinggalah rintik-rintik hujan sudah mula tumpah dari tubir langit. Fikir-fikir, saya perlu beransur kerana agak kepetangan untuk menunggu Bro Kolon. Alhamdulillah, moga ada lagi perjumpaan lagi untuk mengeratkan tali persaudaaraan sesama kita nanti. Selain itu, menjadi wadah untuk bertukar-tukar fikiran dan pandangan.


Terima kasih Bro Bob! Cuma duit raya sahaja yang tiada... hehehe

Saturday, October 11, 2008

Friday, October 10, 2008

SALAM AIDILFITRI UNTUK SEMUA



Saudaraku semua ...

Alhamdullillah perjumpaan hari tu walau tidak seramai mana, cukuplah sebagai permulaan untuk perjumpaan seterusnya yang dijangka akan lebih besar.


Ampun dan maaf dipinta kerana tidak dapat hadir sebab telah berada di Bangi menjelang dinihari hari raya kedua. Nak buat camna, demi menjaga 'periuk nasi'. Walaubagaimanapun aku tetap bangga dengan usaha sdr Limbong untuk menyatukan kembali kita semua rakan2 sekelas, sebilik dan sesekolah dlm blog ini. Tentunya banyak perkembangan terbaru tentang kehidupan kita yg boleh dikongsi bersama.

Separuh terkejut apabila melihat Jibek dalam gambar ... kurusnya kau! Yg lain nampaknya maintain .... maintain montel, macam aku. Malah ada yg lebih besar dari aku... he he... Ramai kengkawan yg lama tak berjumpa. Ada yg langsung tak pernah jumpa lepas sekolah macam Hazman, Jenol dan Botcha. Yudkha pon aku tak penah jumpa, tapi ada la phone calls dan sms selalu. Mangin dulu ada jugak call tapi skrg dah senyap dah. Dhobi last aku jumpa kat rumah pakcik aku yg satu opis dengan dia (pejabat Kadi Muar). Ucop sejak parents dia dua2 dah tak de, jarang balik Muo, so payah jumpa. Kiyai last jumpa kat kenduri rumah Samad. Apa ceritanya ntah.

Bagaimanapun, diharapkan agar saudara2 semua akan sentiasa menceriakan lagi blog kita ini dengan pelbagai benda2 menarik terutama cerita dan gambar2 lama. Rasanya masih banyak gambar2 lama kita semasa di sekolah dulu yang belum dapat dicari. Insyaallah kalau berkesempatan, akan ada post gambar2 tersebut.

Harap kengkawan yang jatuh sakit haritu sudah recover dan ceria kembali bersama keluarga dan rakan-rakan. Bersama-samalah kita jaga kesihatan ... lagipun bukannya kita ni semakin muda. Tapi semakin singkat umurnya.

Batch budak2 form 1 masa kita start masuk SMKAS pon dok kumpul maklumat geng diaorang (info drp YahooGroups SMKASian). Tak tau la bila diorag nak buat reunion diaorg.
Sapa2 yg pergi rumah Mahbub, jumpa korang kat sana. Tapi aku mungkin pi awal sikit dlm kul 11 pagi sbb byk rumah nak kena pegi petang tu.
Cukuplah dulu buat kali ini, harap dapat menulis lagi di lain masa... wassalam.

Zulkefli Mohamed (incase korang lupa nama betul aku ha ha ha)


Wednesday, October 8, 2008

bro, blogger & friends

Morning & greetings,

Aku baru berkesempatan utk contriute to this blog after long festive holiday and hope will contribiute more in near future. Till then see ya

Kudin

Tuesday, October 7, 2008

Jemputan Rumah Terbuka AidilFitri ~ Mahbub


Salam ...

Dengan segala hormatnya saya menjemput tuan-tuan geng SMKAS 88/89 ke rumah terbuka hari raya Aidil Fitri yang akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 12 Oktober 2008

Hari : Ahad


Masa : 1.00pm hingga 6.00pm.

Tempat: No. 52, Jalan Dividen Satu 23/6A, Seksyen 23, Shah Alam, Selangor

Jom kita amik kesempatan berjumpa... Dan sapa2 yang ada no. kontek member2 SMKAS 88/89 yang lain and cikgu2 yang berdekatan minta tolong panjang2kan..


Salam Takzim..
Mahbub

Monday, October 6, 2008

Jumpa sembang

Salam...

Aku minta maaf sebab tak dapat jumpa korang pada 3/10 hari tu (raya ketiga). Limbong call aku masa aku on the way ke Banting sebelum balik Muor malam tu. Aku sampai Muar kul 1.00am. Dalam hati ingat nak call Limbong, tapi tak jadi sebab aku pikir balik tentu korang dah balik.

4/10 kul 11.55pm aku jumpa Leman kat Muor. Leman dari spital sebab mak dia warded dah beberapa hari. Kita doakan semoga mak Leman segera sembuh. Aku pun takde buat apa kat rumah, pegi bando dengan adik aku saja jumpa Leman. Ajak Limbong tapi dia dah balik KL. Tak call member2 lain sebab dah malam sangat... manalah tau masing2 ada 'projek' :). Sorry lah Limbong sebab gambar aku tak amik ~ tak teringat pun. Aku balik KL malam tadi..

Okaylah.. selamat kembali ke tempat masing2 dan selamat bekerja ..

"Bekerjalah seolah2 kita akan hidup selamanya dan beramallah seolah2 kita akan mati esok hari.. " Renung2kan & selamat beramalll...

~ Mahbub

Belasungkawa - Al Fatehah

Gambar kelas tingkatan 1 Osman tahun 1985 (Maahad Muar)


Saya menerima sms dari Yudkha mengatakan bahawa Cikgu Hashim (Ma'ahad Muar) telah meninggalkan kita akibat sakit kanser, tapi tidak dinyatakan pula bila tarikh pemergiannya. Segera terbayang wajahnya (kalau benarlah Cikgu Hashim yang ini), menjadi guru di kelas kelas 1 Osman dan mengajar bahasa Inggeris. Guru kelas kami yang suka membuat lawak. Baru saya terperasan semasa scan tadi bahawa Kolon, Ejad, Jali dan Apai sekelas dengan saya. Hehehe ...Ada sesiapa yang boleh confirmkan perkara ini? Tapi kata Leman pula, yang ini cikgu Aziz Hashim, tapi yang Cikgu Hasyim yang diberitakan adalah yang mengajar subjek geografi. Yang mana satu ya, sekali lagi, ada sesiapa yang boleh confirmkan perkara ini?

Gambar kawan kita dulu-dulu :

Apai

Jali

Abang Kolon

Ejad

Saturday, October 4, 2008

Perjumpaan Raya - 3/4 Oktober 2008

Salam raya, kembali ke arena blogging setelah beberapa hari menghabiskan raya di kampung. Syukur alhamdulillah, walaupun tak ramai yang turun, namun saya tetap merasakan kemeriahan berjumpa dengan sahabat-sahabat lama. Bercerita, bersembang, ketawa dan pelbagai cerita yang dikongsi, suka-duka, pahit-maung - menjadikan saya lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan di masa akan datang. Tanggal 3/10, saya menerima panggilan dari Jibek yang mengatakan bahawa berada di Parit Gantung, Muar dan saya bersyukur kerana dapat bertemu denganya walaupun agak ketat dengan proram menziarahi saudara (sebelah mertua saya). Cepat-cepat saya memutar stering menuju ke Parit Pinang 1000 (laut), untuk kembali ke rumah Tok Yah Bahyut. Rupa-rupanya Jibek sudah terlepas ke depan sedikit, saya mengambilnya dan kami terus menuju ke destinasi tempat minum.

Bersama Jibek

Banyak kedai yang masih 'membisu' dan sepi begitu sahaja, terpaksalah saya dan Jibek menyusur di sepanjang Jln Temenggung Ahmad, mencari kedai yang bermurah hati untuk kami langsaikan dahaga yang kian menyengat. Mujurlah kedai murtabak kambing (Parit Perupok), di sebelah mahkamah Majistret ternganga luas. Pantas kami bertindak, mencuri ruang yang masih kosong. Ya, petang itu hanya saya dan Jibek berjumpa, dari kisah karier melewati ke hal-hal lain yang kami bincangkan. Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat bertemu dengan Jibek setelah hampir 15 tahun tidak bertemu. Namun waktu pantas menyedarkan kami bahawa sudah hampir lewat senja dan kami berpamitan hampir maghrib juga. Tapi sebelum itu, Semut ada menghubungi saya pada malam raya pertama. Teringin benar saya ingin bertemu dengannya. Saya jangkakan dapat bertemunya lebih awal, tapi sementara menantikan sms dari Semut, saya sudah keletihan menunggu. Akhirnya dengan pakaian berjalan, saya tertidur kerana keletihan memandu di dalam kesesakan lalu-lintas yang menggarang dari KL ke Muar.


Tapi selepas pertemuan dengan Jibek, hati saya melompat kegirangan. Tidak sabar untuk bertemu dengan rakan-rakan pada malam harinya. Jam lebih kurang 7.50 mlm, Samad telah menghubungi saya untuk mendapatkan kepastian samada jadi atau tidakkah untuk bertemu pada malam tersebut. Saya kata "Ya, jadi." Maka malam bersejarah tersebut saya, Kudin, Samad dan Leman bertemu lagi setelah sekian lama berpamitan tanpa secebis berita. Alhamdulillah. Dari tempat pertama berjumpa di (gerai makan) bersebelahan dengan Pusat Tuisyen Maharani, jkami ke Tanjung Emas untuk menyambung perbincangan. Agak lama juga di situ, sehinggalah masing-masing hendak 'terkucil' dan tiada tandas awam yang buka. Mujurlah tindakan pantas dan berani Kudin, kami dapat meninggalkan keperitan di bangunan baru (jangkanya menjadi pejabat Maju Ikan Muar). Kemudian, Leman menghubungi Dobi, ujarnya Dobi - dia akan datang ke situ dari Sri Gading (rumah mertuanya), tapi entah bagaimana dia tidak kunjung, lalu kami berpindah sekali lagi ke Perhentian Bas Muar - BP yang lama. Di situ kami menghabiskan waktu dengan perbualan yang lebih intim dan agak panjang.


Sedang kami rancak berbual, Yudha menelefon kami bertanyakan keadaan malam itu. Sempat juga kami berempat bercakap dengannya secara ringkas. Banyak yang kami perbualkan, terutama yang melibatkan kenangan semasa di SMKAS. Alhamdulillah, walaupun banyak sms saya yang terbazir dan tidak dijawab oleh rakan-rakan, namun saya positif mengatakan bahawa Insya-Allah pertemuan akan datang akan lebih ramai yang menyertainya. Lagipun, saya agak kesuntukan semasa menyusun jadual perjumpaan. Mana tahu, takdir Allah akan mempertemukan kita semula lagi dalam kuantiti yang lebih membahagiakan. Dan saya juga berdoa agar silaturahim antara kita akan berkekalan hinggalah ke akhir hayat, amin.

p/s : Samad menelefon Kolon yang katanya akan cuba melunaskan pertemuan pada malam itu, namun beliau tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu.

Mahbub ketika dihubungi dalam perjalanan ke Banting mengambil familinya, dan dijangka lambat tiba.

Adipos pula menghantar sms maghrib itu - beliau rupanya sudah 5 hari dimasukkan ke hospital kerana terkena demam denggi, namun sudah berada di rumah ketika dihubungi saya sejurus menerima sms beliau. Adipos terpaksa membuat folow-up yang seterusnya di hospital.

Wafi - lewat tengahari itu menelefon saya, menyatakan kemaafan kerana tidak dapat hadir pada malam itu.

Haron - saya baru menerima sms daripadanya malam tadi, tidak dapat hadir kerana berada di Terengganu dan terkena demam Chikunia, terlantar bisa selama 3 hari tapi alhamdullilah dapat juga bangun dan dalam perjalanan pulang ke Segamat.

Kita doakan mudah-mudahan sahabat-sahabat semua dalam sihat sejahtera yang berpanjangan hendaknya, mana-mana yang tidak sihat, sama-samalah kita mendoakan agar beroleh kesembuhan hendaknya. Amin. Akan datang (selepas bulan 10 - setelah habis bulan raya), saya cuba aturkan pertemuan di Kl pula. Wassalam.

Makan Malam - di taja oleh Kudin, terima kasih bro!

Friday, October 3, 2008

Salam AidilFitri

Salam..

Aku nak amik kesempatan ucap selamat hari raya aidilfitri... maaf zahir batin. Manalah tau dulu2 sampai sekarang ada lagi sisa-sisa dosa kat korang semua yang belum termaaf, kot2 ada juga hak-hak anak adam yang belum mintak halal..

Hari ni raya ketiga aku dah kerja. best giler hari ni.. jalan clear mear... aku dah balik muo 3 hari sebelum raya. Malam raya baru aku balik umah mertua aku. Raya kat sana. Malam ni aku balik raya kat muo pulak. Hajat nak join ngeteh dengan korang kalau sempat.

Ada sapa dapat kontek member kita razali ismail & rajawali?

Bro Limbong - Setakat ini tiada siapa yang mempunyai kontek nombor mereka!