
Saya menyangkakan bahawa Bro Kolon sudah balik kerana menurut entrinya dia akan hadir seawal 11 pagi ke rumah Bro Bob tapi ternyata, Bro Kolon masih tidak sampai lagi. Kata Mahbub, mungkin antara jam 3.30 @ 4 ptg, Kolon akan tiba. Tapi sayangnya hingga jam 4 ptg kami sudah siap untuk beransur, Bro Kolon tidak tiba lagi. Tidak mengapalah, ujar Kudin, dia akan membuat rumah terbukanya 25/10 ini (akan diterbitkan di blog oleh beliau sendiri). Tidak lama kemudian Bro Zureen pun tiba dengan familinya.

Bro Zureen pula, terakhir saya berjumpanya ketika tahun 2006, ketika saya masih berkhidmat dalam PTD. Setelah dari itu, saya berhenti servis. Panjang juga kami bersembang, hinggalah rintik-rintik hujan sudah mula tumpah dari tubir langit. Fikir-fikir, saya perlu beransur kerana agak kepetangan untuk menunggu Bro Kolon. Alhamdulillah, moga ada lagi perjumpaan lagi untuk mengeratkan tali persaudaaraan sesama kita nanti. Selain itu, menjadi wadah untuk bertukar-tukar fikiran dan pandangan.

Terima kasih Bro Bob! Cuma duit raya sahaja yang tiada... hehehe
3 comments:
Terima kasih kepada member2 yang datang rumah hari tu.. Kudin, Limbong & Zureen. Masing2 dengan isteri. Mr Kolon @ Zul datang juga dengan isteri & anak2. Seronok dapat jumpa kengkawan lama nie.. cuma maaf bebanyak kalau ada terkurang masa tu.. Err.. cuma gambo tuan umah takder yek..
Mintak maaf la kerana jadual haritu jadi kalang kabut disebabkan majlis di rumah kakak ipar yg delay selama 1 jam, ketibaan kami sekeluarga sampai ke rumah Bob hanya pukul 5 petang. Hujan yang lebat menambahkan lagi kelewatan kami. Nampaknya takde rezeki nak berjumpa saudara2ku yg datang haritu. 25hb kita set ke rumah Kudin di seksyen 7. Set masanya sekali. Harap kali ini ramai antara kita dapat hadir . Wassalam ...
Hehehe, takda hal bro, nanti kita jumpa kat rumah Kudin Insya-Allah ...
Post a Comment