PEMBERITAHUAN


PENGUMUMAN RASMI :

Mengumpul segala maklumat dan perkembangan Mantan SMKAS 88-89. Sila emel segamatsmka@yahoo.com

Kepada ahli, sila emel perkara tersebut :

1) Laman Web tempat anda bekerja @ laman web blog /Friendster/MySpace/ Facebook sendiri jika ada
2) No telefon dan emel
3) Alamat tempat bermastautin terkini

Sila tinggalkan komen/respon anda demi memeriahkan lagi blog ini. Terima kasih.

AKTIVITI AKAN DATANG:

Thursday, September 16, 2010

Al-Fatihah Buat Allahyarham Nor Hisham



Keluarga nor hisyam

Nor hisyam - pasukan bola Maahad Muar 1987 (ihsan dari album FB Nonai)

Kes Datok Sosilawati menjadi isu terhangat pada masakini. Tetapi yang lebih mneyentuh kami di bulan Syawal ini adalah kerana allahyarham Nor Hisham adalah rakan kita sewaktu di Maahad Muar dulu. Beberapa gambar dipetik dari FB. Mari kita sama-sama doakan agar beliau dicucuri rahmat oleh Allah dan semoga keluarga beliau tabah menghadapi perkara ini. Al-fatihah.

Sila baca kronologi kes ini di sini.

Perjumpaan Raya 2010

11 September


Tanggal 11 September menyaksikan lagi pertemuan yang seterusnya. Alhamdulillah, semuanya atas gerak dan izin Dia. Walaupun raya pertama saya di KL, namun sms dari sdr Semut menerjah masuk seawalnya, katanya mari berjumpa pada raya kedua malam. Raya kedua baru balik ke Muar. Malam tersebut, saya sudah menghantar sms kepada mana-mana rakan SMKAS yang berada di Muar. Akhirnya dari seramai-ramai yang ada, ditakdirkan hanya saya, Cinai, Samad, Kolon dan Semut sahaja yang berkelapangan untuk bertemu. Terima kasih juga diucapkan kepada sdr Samad yang menjadi penaja makan malam tersebut.

Lokasi dipilih oleh sdr Cinai - Restoran Murtabak Singapura di Tanjung Agas. Jam 10 malam kami bertemu di sana. Seperti biasa, banyak perkara berkisar kerja, kenangan lalu, kes aruah Hisyam dan tentunya agenda-agenda akan datang yang akan dilaksanakan. Sehabis dari pertemuan itu, dijangkakan akan ke rumah ust Zainal, namun beliau mempunyai urusan keluarga. Jadi, tahun ini, kami tidak dapat bertemu. Hanya selfon yang menjadi penghubung.

Akhirnya, saya ke rumah sdr Kolon saja petang itu bagi mengisi program menziarahi rakan-rakan. Tapi sayang, gambar yang diambil tidak berapa menjadi. Hanya sekeping sahaja yang ada, itupun dari kamera selfon.

13 September 2010

Saya sempat bertemu dengan sdr Sulaiman pula. Lokasi malam tersebut adalah di rumah Tok isteri saya. Tak larat nak keluar kerana sudah beraya sebelum itu dari tengahari sampai jam 9.30 malam. Mulanya mahu minum di Kopitiam Parit Bakar, tapi memandangkan kurangnya korum, saya dan Leman sahaja bersembang panjang santak hampir jam 2 pagi.

14 September 2010

Pagi-pagi sudah ada dua miss call. Tengok nama - Haron. Ya, sejak dari pertemuan pertama, saya cuba menghubungi beliau, namun beliau tersangkut di Terengganu kerana masalah kesesakan jalan raya. Jam 9 pagi kami bertemu di kedai sate di Muar, namun mengubah lokasi ke Kopitiam Parit Bakar apabila Semut menghantar sms.


Kami bertiga pun jadi, menyembang hingga 12.30 tgh dari jam 10.30 pagi. Memang seronok, sudah lama tidak berjumpa ada sahaja yang mahu diperkatakan. Bertambah seronok apabila tak kering gusi dek lawan Haron. Hingga keluar air matalah, penangan Haron punya lawak.

Syukurlah, tahun ini dapat juga bertemu dengan ramai rakan-rakan SMKAS. Saya berdoa moga-moga pada tahun-tahun yang akan datang lebih ramai lagi yang dapat menyertai pertemuan sewaktu raya. Dan kepada rakan-rakan di JB, semoga kalian dapat bertemu. Barangkali perlu ada seorang untuk memulakannya.

Sunday, September 5, 2010

Majlis Berbuka Puasa 5 Sept 2010 : Alhamdulillah





Alhamdulillah syukur, atas izin dan limpah kurnia-Nya majlis berbuka bekas SMKAS 88-89 dapat dijayakan walaupun dengan cara yang sederhana. Pada awalnya ramai juga yang akan hadir, tapi di saat akhir, Samad dan Mahbub terpaksa menarik diri atas urusan keluarga.

Majlis iftar 5 September ini tidak dirancang oleh saya pada awalnya. Cuma bila hati tergerak sahaja, saya mengirimkan sms untuk melihat respons awal. Akhirnya hanya lima orang sahaja yang hadir, termasuklah sdr Jenol, antara rakan yang begitu lama tidak ditemui, hampir 22 tahun! Subhanallah, dapatlah berjumpa pada hari majlis iftar tadi.

Saya sampai seawalnya, kemudian diikuti oleh Jenol, Kolon dan rakan yang lain. Banyak perkara yang dapat kami sembang. Dan terlalu banyak kenangan manis yang kami kenang-kenangkan. Masya-Allah, begitulah sekali perjumpaan sesudah sekian lama tidak berjumpa.

Berbuka bersama, serasanya seperti semasa di zaman persekolahan dahulu. Saya kira lima orang pun sudah cukup gamat kafetaria IYC, kalau lebih ramai mungkin lebih meriah. Moga-moga tahun hadapan akan ada lagi pertemuan seperti ini.

Hari raya nanti, Insya-Allah saya ke-3, sesiapa yang mempunyai kelapangan dijemput untuk berkonvoi ke rumah ustaz Zainal. Dan kalau boleh, sesekali sms lah rakan-rakan untuk bertanya khabar dan program yang dijalankan. Kalau nak harap saya seorang yang menghantar sms, bengkoklah ... hehehe ...

Selain itu, meriahkanlah blog ini dengan berita terkini kawan-kawan. Gambar lain boleh lihat di FB saya.

Wednesday, September 1, 2010

Jemputan Ke Majlis Anugerah SMKAS

Salam hormat rakan-rakan,

Beberapa hari yang lepas, saya menerima sms dari ustaz Zainal yang menjemput kita semua yang berkelapangan untuk turun ke SMKAS pada 1 Oktober, jam 3 petang bagi meraikan majlis anugerah jubah pelajar. Katanya lagi, untuk memberi sokongan moral kepada adik-adik yang menduduki peperiksaan PMR, SPM, STPM. Mohon untuk berhubung dengan saya atau ustaz Zainal berkenaan hal ini. Terima kasih.

Haron - 1 atau 2 oktober ni?

Monday, August 30, 2010

Berbuka Puasa Di IYC, Cheras : 5 September 2010

Kami di KL pula, insya-Allah akan mengadakan majlis berbuka puasa secara tidak formal di IYC, Cheras pada 5 September (Ahad).

Setakat ini yang hadir :

1) Limbong
2) Kolon
3) Samad
4) Mahbub

Tak Confirm :

1) Ejad
2) Kudin

yang lain-lain bagaimana?

Cadangan Berbuka Puasa Di BP

Salam hormat semua,

Saya baru sahaja membuka emel. Ada emel dri sdr Jibek yang mengajak mana-mana rakan yang sudah pulang ke kampung dua hari sebelum raya agar berbuka secara sederhana di BP (majis tidak formal). Kepda sesiapa yang berkelapangan sila emel sdr jibek - jibek_co@yahoo.com

Terima kasih.
Semoga hubungan kita tidak terputus.

Saya hanya balik ke Muar raya ke-2. :(

Sunday, August 15, 2010

SALAM RAMADHAN

Salam untuk semua rakan rakan. Semoga Ramadhan tahun ini akan penuh dengan keberkatan dan dimurahkan rezeki hendaknya. Semoga kita akan dapat berjumpa di kala Raya nanti. Jemputlah ke rumah saya di Muar. Insyaallah tahun ini beraya di Benut dan bermula raya ketiga saya berada di Muar.

Zulkefli aka Kolon

Thursday, July 15, 2010

Di Manakah Mangin (Ismail Azmin)?




Inilah wajah rakan kita yang tidak dapat dihubungi sehingga kini. Ke manakah dia menghilang? Adakah dia menyembunyikan dirinya? Mengapa? Siapakah yang mampu menjawab misteri kehilangan Mangin! Sila hubungi kami untuk ukhuwah yang sudah lama terputus!

Kenangan Lampau

Di dewan makan

Kelas 89

Dorm Husin - yes!

Sunday, July 11, 2010