PEMBERITAHUAN


PENGUMUMAN RASMI :

Mengumpul segala maklumat dan perkembangan Mantan SMKAS 88-89. Sila emel segamatsmka@yahoo.com

Kepada ahli, sila emel perkara tersebut :

1) Laman Web tempat anda bekerja @ laman web blog /Friendster/MySpace/ Facebook sendiri jika ada
2) No telefon dan emel
3) Alamat tempat bermastautin terkini

Sila tinggalkan komen/respon anda demi memeriahkan lagi blog ini. Terima kasih.

AKTIVITI AKAN DATANG:

Thursday, September 16, 2010

Perjumpaan Raya 2010

11 September


Tanggal 11 September menyaksikan lagi pertemuan yang seterusnya. Alhamdulillah, semuanya atas gerak dan izin Dia. Walaupun raya pertama saya di KL, namun sms dari sdr Semut menerjah masuk seawalnya, katanya mari berjumpa pada raya kedua malam. Raya kedua baru balik ke Muar. Malam tersebut, saya sudah menghantar sms kepada mana-mana rakan SMKAS yang berada di Muar. Akhirnya dari seramai-ramai yang ada, ditakdirkan hanya saya, Cinai, Samad, Kolon dan Semut sahaja yang berkelapangan untuk bertemu. Terima kasih juga diucapkan kepada sdr Samad yang menjadi penaja makan malam tersebut.

Lokasi dipilih oleh sdr Cinai - Restoran Murtabak Singapura di Tanjung Agas. Jam 10 malam kami bertemu di sana. Seperti biasa, banyak perkara berkisar kerja, kenangan lalu, kes aruah Hisyam dan tentunya agenda-agenda akan datang yang akan dilaksanakan. Sehabis dari pertemuan itu, dijangkakan akan ke rumah ust Zainal, namun beliau mempunyai urusan keluarga. Jadi, tahun ini, kami tidak dapat bertemu. Hanya selfon yang menjadi penghubung.

Akhirnya, saya ke rumah sdr Kolon saja petang itu bagi mengisi program menziarahi rakan-rakan. Tapi sayang, gambar yang diambil tidak berapa menjadi. Hanya sekeping sahaja yang ada, itupun dari kamera selfon.

13 September 2010

Saya sempat bertemu dengan sdr Sulaiman pula. Lokasi malam tersebut adalah di rumah Tok isteri saya. Tak larat nak keluar kerana sudah beraya sebelum itu dari tengahari sampai jam 9.30 malam. Mulanya mahu minum di Kopitiam Parit Bakar, tapi memandangkan kurangnya korum, saya dan Leman sahaja bersembang panjang santak hampir jam 2 pagi.

14 September 2010

Pagi-pagi sudah ada dua miss call. Tengok nama - Haron. Ya, sejak dari pertemuan pertama, saya cuba menghubungi beliau, namun beliau tersangkut di Terengganu kerana masalah kesesakan jalan raya. Jam 9 pagi kami bertemu di kedai sate di Muar, namun mengubah lokasi ke Kopitiam Parit Bakar apabila Semut menghantar sms.


Kami bertiga pun jadi, menyembang hingga 12.30 tgh dari jam 10.30 pagi. Memang seronok, sudah lama tidak berjumpa ada sahaja yang mahu diperkatakan. Bertambah seronok apabila tak kering gusi dek lawan Haron. Hingga keluar air matalah, penangan Haron punya lawak.

Syukurlah, tahun ini dapat juga bertemu dengan ramai rakan-rakan SMKAS. Saya berdoa moga-moga pada tahun-tahun yang akan datang lebih ramai lagi yang dapat menyertai pertemuan sewaktu raya. Dan kepada rakan-rakan di JB, semoga kalian dapat bertemu. Barangkali perlu ada seorang untuk memulakannya.

No comments: