PEMBERITAHUAN


PENGUMUMAN RASMI :

Mengumpul segala maklumat dan perkembangan Mantan SMKAS 88-89. Sila emel segamatsmka@yahoo.com

Kepada ahli, sila emel perkara tersebut :

1) Laman Web tempat anda bekerja @ laman web blog /Friendster/MySpace/ Facebook sendiri jika ada
2) No telefon dan emel
3) Alamat tempat bermastautin terkini

Sila tinggalkan komen/respon anda demi memeriahkan lagi blog ini. Terima kasih.

AKTIVITI AKAN DATANG:

Monday, September 29, 2008

Salam Lebaran


Salam ramadhan yang ke-29

Harap maklum,
Nombor hf dan alamat mana-mana rakan yang respons telah saya kirimkan melalui emel untuk simpanan dan rekod kawan-kawan. Terima kasih.

Sunday, September 28, 2008

Respons Terkini - Jam 9.30 malam

Dalam kelas, sewaktu prep malam
Sila klik untuk lihat saiz besar

Salam ramadhan, alhamdulillah setakat ini, kita sudah mendapat respons dari Cikgu Johan, kata beliau, "Ahamdulillah, terima kasih atas ingatan. Masih di Sekolah Tinggi Segamat. Kalau ada perjumpaan, call. Saya bukan rajin sangat buka internet, tak pandai sangat pun."

Senarai Terkini Yang Respons:
1) Ijat - Tasik Permaisuri, Cheras, KL (budak_ijat@yahoo.com)
2) Samad - KL (ask_llm07@yahoo.com.my)
3) Jibek - Pasir Gudang, JB (jibek_co@yahoo.com)
4) Kolon -Bangi Lama, Selangor (kgdusun@yahoo.com)
5) Kudin - Shah Alam, Selangor (saleh@malaysiaairports.com.my)
6.) Yudkha - Kg Seri Bunian, Pontian
7.) Semut - Tampoi Indah, JB (khairulhafiz@johor.gov.my)
8.) Haron - Cha'ah, Segamat.
9.) Jong - Pasir Gudang, JB (razi389@gmail.com)
10.) Hakim - Bandar Baru Uda (Danga Bay), JB
11.) Adipose - KL (mohdfuad@maa.com.my)
12.) Jawal - Bandar Baru Uda, JB
13.) Wafi - Tmn Saujana Impian,
Kajang, Selangor (mnorwafi@gmail.com)
14.) Topot - Tmn Mutiara Rini, Skudai,
(mustafa.omar@johor.gov.my)
15.) Ucop - JB
16.) Mahbub - Shah Alam, Selangor (mymahbub@gmail.com)
17.) Nizam - Sarawak
18.) Limbong - Tmn Cheras Utama,
Cheras, KL (segamatsmka@yahoo.com)
19.) Zureen - Putrajaya (emanang@yahoo.com)

p/s : Zaris raya di Perak, Zureen sudah balik KL pada raya ke-3

Respon, respon, respon

Terima kasih beb.

Tentang perjumpaan tu, aku tengah pikir nie. Rasa nak turun muor. Tapi tak tau sempat ke tidak. Kalu balik mlm sampai umah kol berapa?. Tak pe nanti aku pakat dengan Yud. Klu boleh kita orang gi jap pas tu kitaorang baik awal kot. Nak sampai Pontian balik mlm tu gak.

Perjumpaan di bahagian selatan adalah bergantung kepada keperluan. Maksud gua kalu ada respon baik dari yang ada. Kalu tak ok pon aku tetap jumpa gak dengan geng. Tak kira sape yang boleh dtg. Aku rasa yang kompom pasti jong, semut, jawal dan topot. Tapi aku tak kontek lagi.

Ijat, aku dengar kau nak raya JB. Kol aku beb. Tapi aku balik P Gudang ari Sabtu. Klu nak jumpa kat JB pon tak pe. Aku turun nanti. Yg Penting kol dulu. Senang nak buat arrangement.

Ok geng, kalau ada berita terkini sila maklumkan.
TQ

Respons Terkini

Salam ramadhan, raya semakin hampir dan kian menjelang. Alhamdulillah syukur saya kerana sambutan yang diberikan amat menggalakan. Gua terima kasih kat lu orang semua. Setakat yang gua survey kawan2, nampaknya perjumpaan hari raya di sebelah Muar akan diadakan pada :

Tarikh : 3/10/08 (9.30/10 mlm)
Venue : Gerai Makan di Jalan Sulaiman
(Dekat dengan Shell - cadangan Mr Kolon)

Respons dan berita terkini adalah :

1.) Nizam beraya di Sarawak bahhhh ... jadi, melalui sms, dia kirim salam kat korang semua dan dia ucap selamat hari raya, maaf zahir batin.
2.) Semut - raya kedua dah balik ke Segamat, jadi gua bgtau dia boleh jumpa gua je kalau tak dapat jumpa yang lain2 ...
3.) Mahbub - raya 3 baru balik Muar
4.) Kolon - Insyallah ada ...
5.) Limbong - insya-Allah gua ada ...
6.) Samad - dia kata sebelum tu, dia setuju buat malam (malam je! hehehe ...)
7.) Zaris - haram tak jawab msg aku sampai ke sudah, benci aaaa gua ... hehehe ...
8.) Ucop - alhamdulillah baru jawab sms gua, kata Insya-Allah
9.) Topot - tak jawab msg aku, tapi mlm tadi baru hantar no hf Leman
10.) Yudha & Wafi - depa kata "ok bos!" (aku suruh depa kontek Jibek untuk perjumpaan raya di sebelah BP @ JB). Macam mana Jibek, lu handle sana ok kalau tak dapat join perjumpaan kat Muar?
11.) Dri Kolon - baru dapat nombor Zureen
12.) Adipose - tak jawab gak msg yang gua bg semalam tapi masa gua call dia sebelum tu, dia kata ok je
13.) Cikgu Yahya - baru hantar kat gua no hf Cikgu Mat & Cikgu Johan (no cikgu Johan dah ubah baru, yg sebelum tu dah takdak kot).
14.) No hf bochah - takde ni ... dah pakai nombor baru agaknya, aku dah cuba dapatkan melalui membe UKM yang duduk kat area dia ...
15.) Ejad - raya di JB katanya ...
16.) Jong -tak jawab pun msg yang gua hantar ...
17.) Haron - raya kat Terengganu kiterrrr ...

p/s : Kepada kawan2 - pandulah man-man, yang penting sampai, selamat dan pergi balik, jangan rushing sangat beb, bahaya untuk kesihatan. Dan pesan gua pada kawan-kawan dan diri gua sendiri, jagalah hati elok-elok ---> punca pelbagai ...

PERHATIAN ! SIAPA BOLEH DAPATKAN NOMBOR APAI, JENOL, DOBI, BOCHAH DAN MANGIN (SPESIS TERPENCIL GILA NIH). LAMA BENAR TAK JUMPA DENGAN DEPA NI!

Saturday, September 27, 2008

Pantun Raya

Pantun Raya

Kelantan…
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu…
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang…
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor…
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka…
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan…
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur…
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak…
Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase(Asal) teman selamat sampei

Kedah…
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jgn dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq

Perlis…
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

Salam Aidilfitri


Assalamualaikum.... kepada semua sahabat handai yang dulunya sama-sama susah dan sama-sama senang. Rasa bertuah jika dapat bertemu dengan rakan-rakan semua jika diizinkan Allah pada hari raya niee.

Perkara pertama yang mungkin aku nak kongsi ialah nostalgia lama yang semakin padam dan kini segar kembali. Waduh.... enak sekali. Masa remaja kita dah tinggalkan dan kini masa nak dapat nur Allah agaknya. Selama nie apa yang kita perolehi tidak terlintas untuk dipergunakan dengan sebaik mungkn, tapi kini bila dah nak masuk umur 40 tahun, macam-macam perkara yang Allah lintaskan di depan mata kita.

Geng..., walauapa pun tahniah kepada semua kerana masih mengingati satu sama lain. Aku rasa kita tak boleh lepaskan peluang ini. Kalau mampu......

Okeylah. Nanti ada idea aku bebel lagi. Tapi, responlah sikit beb. Baru ceria blog kita.

Undur diri dulu, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin.

Nombor Yang Tiada Respon

Salam ramadhan,
Hari ini sudah 27 Ramadhan. Syukur alhamdulillah kerana ramai rakan yang memberikan kerjasama dan respons yang baik kepada saya. Sayugia dimaklumkan bahawa apa yang saya lakukan ini bukanlah untuk diri saya atau punya kepentingan dan agenda yang tertentu. Hasrat saya hanyalah untuk mengumpulkan rakan-rakan bagi tujuan silaturrahim. Sekiranya ada yang menganggap saya mempunyai tujuan tertentu, maaf saya pinta beribu kali. Yakinlah, saya hanya membantu untuk merapatkan semula ukhuwah kita yang sekian lama terputus dek kesibukan masa dan komitmen kerja masing-masing.

Selepas dari perjumpaan raya ini, saya hanya akan menghubungi mana-mana rakan yang respons dan kontek nombornya ada pada simpanan saya. Selebih dari itu, mereka sendirilah yang harus bertindak pro-aktif dan menghubungi rakan-rakan lain untuk tujuan ukhuwah atau menghubungi saya melalui emel. Saya tidak mahu dianggap memaksa sesiapa pun untuk menyertai Alumi kita ini, hanya membantu. Tiada paksaan sama sekali. Berikut adalah senarai nama atau kontek nombornya mungkin hilang, atau sudah bertukar baru dan sebagainya, termasuk jugalah yang tidak mengangkat semasa saya menelefonnya. Saya juga punya kerja lain untuk dilangsaikan, hanya 2, 3 hari ini sahajalah saya mendedikasikan masa saya untuk setup blog dan menghubungi rakan-rakan agar kita dapat memanjangkan silaturrahim samada di luar ataupun di blog.

Selebih dari itu, terpulanglah kepada rakan-rakan semua untuk menghidupkan dan memeriahkan blog ini demi perhubungan. Berikut adalah senarai nama yang tidak memberikan respons, diharap saudara akan menghubungi rakan-rakan lain atau menghubungi saya sendiri melalui emel @ handphone saya :

1.) Ucop - ada bunyi, tidak berangkat
2.) Kalis - tidak membalas semula panggilan saya
3.) Mangin - masuk peti suara
4.) Bochah - masuk peti suara
5.) Nizam - ada bunyi, tapi tidak berangkat

Masih tidak dapat dihubungi @ tiada punya kontek nombor dan emel :
1.) Jenol
2.) Dobi
3.) Kiyai
4.) Leman (Topot, kata nak sms nombor Leman, mana?)
5.) Jali
6.) Kentes
7.) Zureen
8.) Man Dagu

Senarai respons tapi tidak punya emel :
1.) Jawal
2.) Yudkha
3.) Haron

Terima kasih - Bro Limbong

Friday, September 26, 2008

Pasukan Bola Sepak & Sepak Takraw


Pasukan Sepak Takraw - Limbong, Yudka, Semut, Jong,
Mangin, Topot, Jawal
dan Jali

Pasukan bola sepak

Geng bola - Kolon, Semut, Yud (menyibuk je ni... hehehe) , Jibek & Mangin
Sila klik pada gambar untuk besarkan saiz.

Siapa ada gambar pasukan bola tampar dan pasukan serta persatuan yang lain? Boleh emel saya? Nanti saya up-load kan di sini utk tatapan rakan-rakan lain. Atau apa -apa sahaja gambar semasa di sana. Kalau kawan-kawan boleh upload, ceritakanlah sedikit kenangan ketika itu. Terima kasih. Yang gua gelihatinya dalam pasukan takraw, bolasepak dan bola tampar kebanyakan adalah muka-muka yang sama! Hehehe ...

~Bro Limbong : Selamat Hari Raya Aidil Fitri bro!

Repsons Kawan-Kawan

Ramai-ramai ketika kenduri abang si Haron, Ogos 1989
di Parit Amal Laut, Muar (klik gambar untuk besarkan saiz)

Salam ramadhan, alhamdulillah setakat ini respons dari kawan-kawan amat mengujakan. Saya berterima kasih kpd yang memberikan kerjasama. Saya berharap benarlah agar kawan-kawan lain yang telah saya hubungi secara SMS memberikan emel masing-masing. Janganlah senyap macam tu je, tak hensem lah macam tu hehehe ....

Ada yang menjawab SMS, ada yang saya telefon, ada yang menelefon saya sejurus mendapat SMS dari saya, terima kasih saya ucapkan kepada semua. Kepada rakan-rakan lain, haraplah dapat beri kerjasama demi membangunkan blog alumni kita ni. Terima kasih.

Senarai kontek yang ada dalam simpanan saya yang terkini adalah :
1) Ijat - Tasik Permaisuri, Cheras, KL (budak_ijat@yahoo.com)
2) Samad - KL (ask_llm07@yahoo.com.my)
3) Jibek - Pasir Gudang, JB (jibek_co@yahoo.com)
4) Kolon -Bangi Lama, Selangor (kgdusun@yahoo.com)
5) Kudin - Shah Alam, Selangor (saleh@malaysiaairports.com.my)
6.) Yudkha - Kg Seri Bunian, Pontian
7.) Semut - Tampoi Indah, JB (khairulhafiz@johor.gov.my)
8.) Haron - Cha'ah, Segamat.
9.) Jong - Pasir Gudang, JB (razi389@gmail.com)
10.) Hakim - Bandar Baru Uda (Danga Bay), JB
11.) Adipose - KL (mohdfuad@maa.com.my)
12.) Jawal - Bandar Baru Uda, JB
13.) Kalis - KL
14.) Wafi - Tmn Saujana Impian,
Kajang, Selangor (mnorwafi@gmail.com)
15.) Topot - JB
16.) Ucop -Tmn Mutiara Rini, Skudai, JB
(mustafa.omar@johor.gov.my)
17.) Mangin - Pekan, Pahang
18.) Mahbub - Shah Alam, Selangor (mymahbub@gmail.com)
19.) Nizam - Sarawak
20.) Limbong - Tmn Cheras Utama,
Cheras, KL (segamatsmka@yahoo.com)

Senarai yang tidak respons pada SMS dan panggilan setakat ini :
1.) Kalis
3.) Ucop
4.) Nizam
5.) Mangin
Harap kawan2 lain dapat berhubung dengan mereka, maklumkan tentang blog ini dan dapat emel mereka atau suruh mereka berhubung terus dengan saya. Terima kasih. Saya baru bercakap dengan Cikgu Yahya, alhamdulillah sihat lagi bunyinya tu. Hehehe ... Syukur dia masih ingat nama Limbong!

Saya masih mencari-cari nombor Kiyai, Bocha, Jali, Jenol, Dobi, Leman (Depa ni rare collection punya spesis, bukan main payah nak kontek sejak dari dulu ...)
p/s : Terima kasih kepada Mr Kolon, Haron, Ejad, Jibek dan Semut yang memberikan sebahagian besar nombor telefon kawan-kawan.

Sejarah Ke SMKAS 1988

Ketika baru sampai di SMKAS
Sila klik gambar untuk saiz besar

Ketika itu kami masih lagi bersekolah di SMA Maahad (Muar), dalam tingkatan 4. Saya masih ingat lagi di mana kebanyakan rakan-rakan kami dapat memasukki asrama penuh kerana mendapat keputusan yang baik. Maka tinggallah kami di SMA Maahad kerana tidak memasukki mana-mana asrama penuh ketika. Ketika itu Kolej Islam Kelang (KIK) menjadi impian kebanyakan untuk meneruskan pelajaran di tingkatan 4. Namun takdir telah membawa kami terbang ke SMKA Segamat (SMKAS) untuk meneruskan pembelajaran. Dan yang tinggal, kebanyakannya yang nakal-nakal, termasuklah saya. Mana-mana pelajar yang duduk di asrama SMA Maahad mempunyai rekod di pejabat disiplin, juga termasuklah saya.

Suatu masa pengumuman dibuat kepada sesiapa yang ingin belajar di SMKAS diminta untuk mengisi borang bagi membolehkan ke sana. Cepat-cepat saya mengisi borang, kononnya untuk membawa hati yang rawan jauh dari Muar (taklah jauh sangat pun hehehe ...). Bermula era belajar di SMKAS (yang juga berasrama penuh), dalam tahun 1988. Kami adalah antara yang terawal memasuki sekolah tersebut selain daripada pelajar2 tingkatan 1. Jadi, di sekolah hanya ada tingkatan 1 dan tingkatan 4, tiada pelajar tingkatan 2, 3 atau 5. Sekolah ketika itu masih kosong dan bilik asrama di tingkat 3 kosong, tiada penghuni.

Saya dan rakan-rakan dibahagikan kepada beberapa bilik, bercampur dengan pelajar tingkatan 1. Saya dan beberapa rakan berada di Dorm Husin (tak pasti samada wujud lagikah nama ini atau tidak). Memang pada mulanya kami berasa amat tertekan kerana disiplin yang diterapkan amat ketat, tiada tolak ansur samasekali. Tiada tivi, walkman (popular ketika itu) tidak dibenarkan, hatta apa jua bentuk hiburan tidak dibenarkan langsung. Entah kenapa, perasaan sedemikian menyebabkan rasa memberontak. Tapi yang menariknya, perhubungan kami yang mulanya jauh dengan pelajar tingkatan 1, menjadi rapat kerana sudah tiada rakan-rakan yang lebih senior.

Sambung lagi.


Thursday, September 25, 2008

Gambar Kelas 5 Omar : Versi Unplugged 2

Diambil pada Ogos 1989
Sila klik gambar untuk melihat saiz yang besar dan untuk simpanan

Saya tidak ingat gambar ini diambil sempena ada jika melihatkan hadiah yang bersusun di atas meja tersebut. Ada sesiapa yang ingat lagi sempena apa?
p/s : Kepada mana-mana rakan yang ada gambar masa zaman kita di sana, sila upload di sini untuk tatapan bersama. Terima kasih.

Update Contact Info Kengkawan

Alhamdulillah... Syukur kehadrat Allah kerana blog baru ni dah terbina...

Hamba akan senaraikan contact yg ada pada hamba :

1) Mahbub - Shah Alam
2) Mangin - Pekan, Pahang
3) Mustafa aka Topot - JB
4) Nizam Tasinu - Sarawak?
5) Ucop - JB
6) Wafi - Kajang


Cikgu
1) Yahya - Temerloh
2) Johan - Segamat
3) Ismail - Bangi - no contact


Bro Limbong akan simpan all contact numbers/address and share thru email.

Senarai Kontek Yang Ada Dan Tiada

Senarai kontek yang ada dalam simpanan saya yang terkini adalah :

1) Ijat - Tasik Permaisuri, Cheras, KL (budak_ijat@yahoo.com)
2) Samad - KL (ask_llm07@yahoo.com.my)
3) Jibek - Pasir Gudang, JB (jibek_co@yahoo.com)
4) Kolon -Bangi Lama, Selangor (kgdusun@yahoo.com)
5) Kudin - Shah Alam, Selangor (saleh@malaysiaairports.com.my)
6.) Yudkha - Pontian
7.) Semut - Tampoi Indah, JB (khairulhafiz@johor.gov.my)
8.) Haron - Cha'ah, Segamat.
9.) Jong - Pasir Gudang, JB (razi389@gmail.com)
10.) Hakim - Bandar Baru Uda (Danga Bay), JB
11.) Adipose - KL
12.) Jawal - JB
13.) Kalis - KL


Selain dari itu tiada. Sila hubungi melalui emel untuk memaklumkan kontek nombor anda supaya mudah dihubungi. Terima kasih. Sila pastikan alamat emel dan maklumat tempat tinggal anda adalah betul, sekiranya tidak, sila hubungi saya. No handphone saya akan berikan secara emel kepada mana-mana senarai emel yang ada pada saya. Harap maklum.

Bro Limbong - Tmn Cheras Utama, Cheras, KL - Terima kasih pada rakan2 yang memberikan kerjasama.

Gambar Kelas 5 Omar : Versi Rasmi

Kelas 5 Omar - 1989
Klik gambar untuk besarkan

Munajat Lailatul Qadar

اللَّهُمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Mulia Yang Sukakan Keampunan maka ampunilah aku"

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ ذَنْبِيْ، وَوَسِّعْ لِيْ فِيْ دَارِيْ، وَبَارِكْ لِيْ فِيْ رِزْقِيْ.
"Ya Allah, ampunilah dosaku, lapangkanlah rumahku dan berkatilah rezekiku"

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ ذَنْبِيْ كُلَّهُ، دِقَّهُ وَجِلَّهُ، أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ، سِرَّهُ وَعَلاَنِيَّتَهُ.
"Ya Allah, ampunilah dosaku semuanya, yang kecil dan besar, yang awal dan akhir, yang tersembunyi dan jelas"

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَنَا مَا مَضَى، وَأَصْلِحْ لَنَا مَا بَقِيَ.
"Ya Allah, ampunilah kami apa yang telah lepas, dan elokkanlah kami apa yang tinggal"

اللَّهُمَّ يَا مَنْ لاَ تَضُرُّهُ الذُّنُوْبُ، وَلاَ تَنْقُصُهُ الْمَغْفِرَةُ، اِغْفِرْ لَنَا مَا لاَ يَضُرُّكَ، وَهَبْ لَنَا مَا لاَ يَنْقُصُكَ.
"Ya Allah, Wahai Tuhan Yang tidak dimudharatkan oleh dosa-dosa, Yang tidak dikurangkan oleh keampunan, ampunilah kami apa yang tidak memudharatkanMu, dan kurniakanlah kami apa yang tidak mengurangkanMu"

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوْبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِيْ أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِيْنَ.
"Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami, dan segala kecuaian kami dalam segala urusan kami, dan tetapkanlah pendirian kami, dan kurniakanlah kemenangan kepada kami atas kaum kafir"

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ، وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا، رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَّحِيْمٌ.
"Ya Tuhan kami, ampunilah kami, dan para saudara kami yang telah beriman sebelum kami, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami ini sifat dengki dan belot kepada orang-orang yang beriman, Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang"
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَنْ دَخَلَ بَيْتِيْ مُؤْمِنًا وَلِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، وَلاَ تَزِدُ الظَّّالِمِيْنَ إِلاَّ تَبَارًا.
"Ya Tuhan, ampunilah aku dan ibu bapaku, dan sesiapa yang telah memasuki rumahku dalam keadaan beriman, dan kepada semua orang beriman lelaki dan perempuan, dan janganlah Engkau menambahkan kepada orang-orang zalim melainkan kemusnahan"

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ خَطِيْئَتِيْ وَجَهْلِيْ وَإْسْرَافِيْ فِيْ أَمْرِيْ، وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّيْ.
"Ya Allah, ampunilah dosaku, kejahilanku, dan kecuaianku dalam urusanku, sesungguhnya Engkau lebih tahu tentangnya daripada aku"

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ هُزْلِيْ وَجِدِّيْ، وَخَطَئِيْ وَعَمْدِيْ، وَكُلُّ ذَلِكَ عِنْدِيْ.
"Ya Allah, ampunilah aku, sama ada yang tidak bersungguh dan yang bersungguh, yang tidak sengaja dan yang sengaja, semuanya itu daripadaku"

Daripada Aishah RA berkata:
Bahawasanya Rasulullah SAW apabila masuknya 10 malam terakhir Ramadhan, baginda menghidupkan malamnya (dengan beribadat), mengejutkan ahli keluarganya, bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan mengetatkan kainnya (tidak bersetubuh).
(Direkodkan oleh Imam Bukhari dan Muslim)

Sumber dari : Mendidik Blog

Karier @ Kerjaya


Sumber foto : simpanduit

Saya berharap benar andainya rakan-rakan yang menghantar emel menyatakan karier masing-masing dengan tepat. Ini kerana saya pernah berbincang dan berangan dengan Sulaiman (Leman) dulu berkenaan mengadakan bengkel atau klinik kerjaya di SMKAS. Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan, berkongsi pengalaman serta membimbing adik-adik di sana untuk membolehkan mereka mendapat gambaran yang lebih jelas apabila mencari dan menentukan hala tuju kerjaya kelak. Begitu juga dengan bidang/kos yang bakal diambil di IPTA/S jika berpeluang melanjutkan pelajaran. Jadi, saya berharap benar agar rakan-rakan dapat menyatakan karier masing-masing dengan jelas. Disamping itu dapatlah nanti seandainya menjadi kenyataan bengkel atau klinik kerjaya tersebut, kita menjelaskan gambaran sebenar/pasaran kerjaya di luar nanti setelah habis pengajian.

Pengalaman saya ketika memilih kos/bidang pembelajaran di IPT dahulu tanpa bimbingan dan penjelasan sebenar menyebabkan akhirnya barulah saya tahu bahawa ada kerjaya yang lebih diminati. Akhirnya banyak masa terbuang begitu sahaja dari terus ke bidang yang diminati tersebut. Meskipun itu berlaku dalam hikmah, namun saya masih merasakan perlunya bimbingan dalam memilih kerjaya yang diminati. Wuallahua'lam.

Bro Limbong

Cikgu Sekolah Kami - 1988

Dari kiri (berdiri) : Cikgu Johan, Cikgu Ayob, Ustaz Ismail, Cikgu Zainal, Cikgu Mat, Cikgu Yahya
Dari kiri (duduk) : Cikgu Nor Ashikin, Cikgu Azizah, Ustaz Kamal, Ustaz Paiman, Cikgu Khairunnisa, (tak ingat).

Ketika itu hanya ada berapa sahaja guru-guru yang mengajar di sekolah SMKAS. Gambar diambil pada tahun 1988. Ketika itu di bawah pimpinan mantan pengetua kami, Ustaz Paiman Jemo.

p/s: Sila klik pada gambar untuk melihat saiz yang lebih besar.

Kelas 1989 - 5 Omar : Versi Unplugged

Gambar ini diambil pada 7 Januari 1989, 10 pg bersama dengan Cikgu Marzuki (Guru Bahasa Inggeris)

Senarai nama & nama gelaran:

Berdiri dari kiri :
1.) Wahid (Apai), 2.) Fuad (Adipos), 3.) Yudkha (bonch), 4.) Hafiz (Limbong), 5.) Ismail (Mangin), 6.) Ezad (Ijat), 7.) Azzuri (Kiyai), 8.) Zaris (Kalis), 9.) Dhobi (Rosli), 10.) Sulaiman (Leman), 11.) Yusof (Ucop), 12.) Razali (Jali), 13.) Mahbub (Bob), 14.) Hakim

Berdiri Tengah (2 orang yang tergelak dan nampak gigi) :
15.) Fuad (Kentes), 16.) Nizam,

Duduk dari kiri :
17.) Norazi (Jong), 18.) Samad, [Cikgu Marzuki], 19.) Rajawali (Raja), 20.) Salehudin (Kudin), 21.) Zainol (Jenol), 22.) Zulkifli (Kolon), 23.) Norizam (Bochah), 24.) Norwafi (Menchu)

Tiada dalam gambar :
25.) Hafiz Mazlan (Semut), 26.) Mustafa (Topot), 27.) Jawalalkhairi (Jawal), 28.) Zureen dan 29.) Azman (Man Dagu)

Sesiapa yang tiada dalam senarai tersebut sila maklumkan kepada saya. Terima kasih.

p/s: Sila klik pada gambar untuk melihat saiz yang lebih besar.

Wednesday, September 24, 2008

Salam Perkenalan

Blog ini saya wujudkan untuk mengumpul semula semua mantan pelajar SMKA Segamat batch 1989 untuk perhubungan, perkembangan terkini dan saling berhubung antara satu sama lain. Kepada sesiapa yang terjumpa blog ini sila emel kami dan berikan alamat anda sekiranya ada, untuk diletakkan di blog ini. Terima kasih.

Aktiviti terkini adalah perjumpaan hari raya di Muar yang berkemungkinan akan diadakan pada hari raya ke-2 atau ke-3, belum diputuskan lagi. Insyallah pengumuman terbaru akan dilakukan dalam masa yang terdekat. Semoga rakan2 dapat memberi respon pada blog ini dan mengimarahkan lagi blog ini dengan perkembangan dan aktiviti yang terkini. Sila hubungi saya di : segamatsmka@yahoo.com

Tinggalkan dan perkenalkan nama dan emel saudara untuk saya jadikan sebagai penyumbang dalam blog ini. Terima kasih.

Bro Limbong