PEMBERITAHUAN


PENGUMUMAN RASMI :

Mengumpul segala maklumat dan perkembangan Mantan SMKAS 88-89. Sila emel segamatsmka@yahoo.com

Kepada ahli, sila emel perkara tersebut :

1) Laman Web tempat anda bekerja @ laman web blog /Friendster/MySpace/ Facebook sendiri jika ada
2) No telefon dan emel
3) Alamat tempat bermastautin terkini

Sila tinggalkan komen/respon anda demi memeriahkan lagi blog ini. Terima kasih.

AKTIVITI AKAN DATANG:

Thursday, September 25, 2008

Munajat Lailatul Qadar

اللَّهُمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Mulia Yang Sukakan Keampunan maka ampunilah aku"

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ ذَنْبِيْ، وَوَسِّعْ لِيْ فِيْ دَارِيْ، وَبَارِكْ لِيْ فِيْ رِزْقِيْ.
"Ya Allah, ampunilah dosaku, lapangkanlah rumahku dan berkatilah rezekiku"

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ ذَنْبِيْ كُلَّهُ، دِقَّهُ وَجِلَّهُ، أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ، سِرَّهُ وَعَلاَنِيَّتَهُ.
"Ya Allah, ampunilah dosaku semuanya, yang kecil dan besar, yang awal dan akhir, yang tersembunyi dan jelas"

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَنَا مَا مَضَى، وَأَصْلِحْ لَنَا مَا بَقِيَ.
"Ya Allah, ampunilah kami apa yang telah lepas, dan elokkanlah kami apa yang tinggal"

اللَّهُمَّ يَا مَنْ لاَ تَضُرُّهُ الذُّنُوْبُ، وَلاَ تَنْقُصُهُ الْمَغْفِرَةُ، اِغْفِرْ لَنَا مَا لاَ يَضُرُّكَ، وَهَبْ لَنَا مَا لاَ يَنْقُصُكَ.
"Ya Allah, Wahai Tuhan Yang tidak dimudharatkan oleh dosa-dosa, Yang tidak dikurangkan oleh keampunan, ampunilah kami apa yang tidak memudharatkanMu, dan kurniakanlah kami apa yang tidak mengurangkanMu"

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوْبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِيْ أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِيْنَ.
"Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami, dan segala kecuaian kami dalam segala urusan kami, dan tetapkanlah pendirian kami, dan kurniakanlah kemenangan kepada kami atas kaum kafir"

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ، وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا، رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَّحِيْمٌ.
"Ya Tuhan kami, ampunilah kami, dan para saudara kami yang telah beriman sebelum kami, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami ini sifat dengki dan belot kepada orang-orang yang beriman, Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang"
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَنْ دَخَلَ بَيْتِيْ مُؤْمِنًا وَلِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، وَلاَ تَزِدُ الظَّّالِمِيْنَ إِلاَّ تَبَارًا.
"Ya Tuhan, ampunilah aku dan ibu bapaku, dan sesiapa yang telah memasuki rumahku dalam keadaan beriman, dan kepada semua orang beriman lelaki dan perempuan, dan janganlah Engkau menambahkan kepada orang-orang zalim melainkan kemusnahan"

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ خَطِيْئَتِيْ وَجَهْلِيْ وَإْسْرَافِيْ فِيْ أَمْرِيْ، وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّيْ.
"Ya Allah, ampunilah dosaku, kejahilanku, dan kecuaianku dalam urusanku, sesungguhnya Engkau lebih tahu tentangnya daripada aku"

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ هُزْلِيْ وَجِدِّيْ، وَخَطَئِيْ وَعَمْدِيْ، وَكُلُّ ذَلِكَ عِنْدِيْ.
"Ya Allah, ampunilah aku, sama ada yang tidak bersungguh dan yang bersungguh, yang tidak sengaja dan yang sengaja, semuanya itu daripadaku"

Daripada Aishah RA berkata:
Bahawasanya Rasulullah SAW apabila masuknya 10 malam terakhir Ramadhan, baginda menghidupkan malamnya (dengan beribadat), mengejutkan ahli keluarganya, bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan mengetatkan kainnya (tidak bersetubuh).
(Direkodkan oleh Imam Bukhari dan Muslim)

Sumber dari : Mendidik Blog

No comments: