PEMBERITAHUAN


PENGUMUMAN RASMI :

Mengumpul segala maklumat dan perkembangan Mantan SMKAS 88-89. Sila emel segamatsmka@yahoo.com

Kepada ahli, sila emel perkara tersebut :

1) Laman Web tempat anda bekerja @ laman web blog /Friendster/MySpace/ Facebook sendiri jika ada
2) No telefon dan emel
3) Alamat tempat bermastautin terkini

Sila tinggalkan komen/respon anda demi memeriahkan lagi blog ini. Terima kasih.

AKTIVITI AKAN DATANG:

Thursday, September 25, 2008

Karier @ Kerjaya


Sumber foto : simpanduit

Saya berharap benar andainya rakan-rakan yang menghantar emel menyatakan karier masing-masing dengan tepat. Ini kerana saya pernah berbincang dan berangan dengan Sulaiman (Leman) dulu berkenaan mengadakan bengkel atau klinik kerjaya di SMKAS. Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan, berkongsi pengalaman serta membimbing adik-adik di sana untuk membolehkan mereka mendapat gambaran yang lebih jelas apabila mencari dan menentukan hala tuju kerjaya kelak. Begitu juga dengan bidang/kos yang bakal diambil di IPTA/S jika berpeluang melanjutkan pelajaran. Jadi, saya berharap benar agar rakan-rakan dapat menyatakan karier masing-masing dengan jelas. Disamping itu dapatlah nanti seandainya menjadi kenyataan bengkel atau klinik kerjaya tersebut, kita menjelaskan gambaran sebenar/pasaran kerjaya di luar nanti setelah habis pengajian.

Pengalaman saya ketika memilih kos/bidang pembelajaran di IPT dahulu tanpa bimbingan dan penjelasan sebenar menyebabkan akhirnya barulah saya tahu bahawa ada kerjaya yang lebih diminati. Akhirnya banyak masa terbuang begitu sahaja dari terus ke bidang yang diminati tersebut. Meskipun itu berlaku dalam hikmah, namun saya masih merasakan perlunya bimbingan dalam memilih kerjaya yang diminati. Wuallahua'lam.

Bro Limbong

No comments: