PEMBERITAHUAN


PENGUMUMAN RASMI :

Mengumpul segala maklumat dan perkembangan Mantan SMKAS 88-89. Sila emel segamatsmka@yahoo.com

Kepada ahli, sila emel perkara tersebut :

1) Laman Web tempat anda bekerja @ laman web blog /Friendster/MySpace/ Facebook sendiri jika ada
2) No telefon dan emel
3) Alamat tempat bermastautin terkini

Sila tinggalkan komen/respon anda demi memeriahkan lagi blog ini. Terima kasih.

AKTIVITI AKAN DATANG:

Friday, September 26, 2008

Sejarah Ke SMKAS 1988

Ketika baru sampai di SMKAS
Sila klik gambar untuk saiz besar

Ketika itu kami masih lagi bersekolah di SMA Maahad (Muar), dalam tingkatan 4. Saya masih ingat lagi di mana kebanyakan rakan-rakan kami dapat memasukki asrama penuh kerana mendapat keputusan yang baik. Maka tinggallah kami di SMA Maahad kerana tidak memasukki mana-mana asrama penuh ketika. Ketika itu Kolej Islam Kelang (KIK) menjadi impian kebanyakan untuk meneruskan pelajaran di tingkatan 4. Namun takdir telah membawa kami terbang ke SMKA Segamat (SMKAS) untuk meneruskan pembelajaran. Dan yang tinggal, kebanyakannya yang nakal-nakal, termasuklah saya. Mana-mana pelajar yang duduk di asrama SMA Maahad mempunyai rekod di pejabat disiplin, juga termasuklah saya.

Suatu masa pengumuman dibuat kepada sesiapa yang ingin belajar di SMKAS diminta untuk mengisi borang bagi membolehkan ke sana. Cepat-cepat saya mengisi borang, kononnya untuk membawa hati yang rawan jauh dari Muar (taklah jauh sangat pun hehehe ...). Bermula era belajar di SMKAS (yang juga berasrama penuh), dalam tahun 1988. Kami adalah antara yang terawal memasuki sekolah tersebut selain daripada pelajar2 tingkatan 1. Jadi, di sekolah hanya ada tingkatan 1 dan tingkatan 4, tiada pelajar tingkatan 2, 3 atau 5. Sekolah ketika itu masih kosong dan bilik asrama di tingkat 3 kosong, tiada penghuni.

Saya dan rakan-rakan dibahagikan kepada beberapa bilik, bercampur dengan pelajar tingkatan 1. Saya dan beberapa rakan berada di Dorm Husin (tak pasti samada wujud lagikah nama ini atau tidak). Memang pada mulanya kami berasa amat tertekan kerana disiplin yang diterapkan amat ketat, tiada tolak ansur samasekali. Tiada tivi, walkman (popular ketika itu) tidak dibenarkan, hatta apa jua bentuk hiburan tidak dibenarkan langsung. Entah kenapa, perasaan sedemikian menyebabkan rasa memberontak. Tapi yang menariknya, perhubungan kami yang mulanya jauh dengan pelajar tingkatan 1, menjadi rapat kerana sudah tiada rakan-rakan yang lebih senior.

Sambung lagi.


No comments: