PEMBERITAHUAN


PENGUMUMAN RASMI :

Mengumpul segala maklumat dan perkembangan Mantan SMKAS 88-89. Sila emel segamatsmka@yahoo.com

Kepada ahli, sila emel perkara tersebut :

1) Laman Web tempat anda bekerja @ laman web blog /Friendster/MySpace/ Facebook sendiri jika ada
2) No telefon dan emel
3) Alamat tempat bermastautin terkini

Sila tinggalkan komen/respon anda demi memeriahkan lagi blog ini. Terima kasih.

AKTIVITI AKAN DATANG:

Saturday, September 27, 2008

Nombor Yang Tiada Respon

Salam ramadhan,
Hari ini sudah 27 Ramadhan. Syukur alhamdulillah kerana ramai rakan yang memberikan kerjasama dan respons yang baik kepada saya. Sayugia dimaklumkan bahawa apa yang saya lakukan ini bukanlah untuk diri saya atau punya kepentingan dan agenda yang tertentu. Hasrat saya hanyalah untuk mengumpulkan rakan-rakan bagi tujuan silaturrahim. Sekiranya ada yang menganggap saya mempunyai tujuan tertentu, maaf saya pinta beribu kali. Yakinlah, saya hanya membantu untuk merapatkan semula ukhuwah kita yang sekian lama terputus dek kesibukan masa dan komitmen kerja masing-masing.

Selepas dari perjumpaan raya ini, saya hanya akan menghubungi mana-mana rakan yang respons dan kontek nombornya ada pada simpanan saya. Selebih dari itu, mereka sendirilah yang harus bertindak pro-aktif dan menghubungi rakan-rakan lain untuk tujuan ukhuwah atau menghubungi saya melalui emel. Saya tidak mahu dianggap memaksa sesiapa pun untuk menyertai Alumi kita ini, hanya membantu. Tiada paksaan sama sekali. Berikut adalah senarai nama atau kontek nombornya mungkin hilang, atau sudah bertukar baru dan sebagainya, termasuk jugalah yang tidak mengangkat semasa saya menelefonnya. Saya juga punya kerja lain untuk dilangsaikan, hanya 2, 3 hari ini sahajalah saya mendedikasikan masa saya untuk setup blog dan menghubungi rakan-rakan agar kita dapat memanjangkan silaturrahim samada di luar ataupun di blog.

Selebih dari itu, terpulanglah kepada rakan-rakan semua untuk menghidupkan dan memeriahkan blog ini demi perhubungan. Berikut adalah senarai nama yang tidak memberikan respons, diharap saudara akan menghubungi rakan-rakan lain atau menghubungi saya sendiri melalui emel @ handphone saya :

1.) Ucop - ada bunyi, tidak berangkat
2.) Kalis - tidak membalas semula panggilan saya
3.) Mangin - masuk peti suara
4.) Bochah - masuk peti suara
5.) Nizam - ada bunyi, tapi tidak berangkat

Masih tidak dapat dihubungi @ tiada punya kontek nombor dan emel :
1.) Jenol
2.) Dobi
3.) Kiyai
4.) Leman (Topot, kata nak sms nombor Leman, mana?)
5.) Jali
6.) Kentes
7.) Zureen
8.) Man Dagu

Senarai respons tapi tidak punya emel :
1.) Jawal
2.) Yudkha
3.) Haron

Terima kasih - Bro Limbong

No comments: