Alhamdulillah syukur, kebetulan bersempena dengan Diwali, bro Zureen mengadakan rumah terbukanya. Walaupun tempatnya agak jauh di Taman Bukit Semenyih, kami sampai juga walaupun telah sesat hampir sejam. Dan terima kasih juga kepada Bro Kudin yang seawalnya tiba di situ jam 2ptg dan menanti saya hadir, begitu juga dengan Mr Kolon yang sampai selepas bro Kudin. Memang kalau tidak biasa, melelong jawabnya untuk sampai ke rumah Bro Zureen. Menurut Bro Zureen, akan datang dia akan membuat rumah terbukanya di Bukit Gasing pula memandangkan bateri henfonnya hampir habis kerana melayani panggilan bertanyakan rumahnya.

Saya sahaja menelefonnya lebih dari lima kali, barulah sampai ke rumahnya. Ya, kepada bro Zureen, terima kasih kita ucapkan kerana sudi mengadakan rumah terbuka dan paling istimewa, dapat menyambung dan mengakrabkan hubungan kita yang semakin renggang setelah semua bekerja. Diharapkan pada rakan-rakan lain, agar sentiasa berhubung dan meneruskan persaudaraan kita hinggalah akhir hayat. Kepada rakan-rakan di JB dan BP, bila lagi nak buat berjumpa dan berkumpul? Akan datang kita menunggu makan-makan di rumah Bro Kolon pada 27/12 pula ...
No comments:
Post a Comment