
Salam, syukur alhamdulillah, walaupun sedikit lambat memaklumkan tentang rumah terbuka di rumah saya, namun sambutan dari teman2 SMKAS amat menggalakkan. Terima kasih daun keladi kerana sudi mampir ke teratak saya.
Untuk itu, saya pohonkan kemaafan kerana pagi tadi baru saya menghantar sms pada rakan-rakan. Saya bersyukur amat kerana dapat berjumpa sekali lagi selepas pertemuan di rumah Bro Mahbub. Kepada Bro Kudin, Bro Zureen, Bro Mahbub, Bro Adipose serta famili masing atas kesudian untuk hadir, jutaaan terima kasih saya ucapkan. Kepenatan merayapi segenap tubuh, tapi saya teruja amat untuk meletakkan entri pada hari ini juga. Sesungguhnya Allah telah melorongkan pertemuan kita walaupun jalan ke rumah saya sedikit berbelit. Saya kira pada masa akan datang, kalian bisa hadir ke rumah saya tanpa perlu bersusah-payah lagi. Jazakallahukhoiran kathira ...
2 comments:
Terima kasih Limbong.. sorry kalau tentera2 aku buat huru hara kat umah kau ari tu.. Aku dah baca cerpen Serunai Faqir kat Mingguan Msia kelmarin.. bombastik gilerr.. Tahniah Bro.. keep it up!
Siapa tau suatu hari nanti Sasterawan Negara yang ke ... Serunai Faqir!!!!
Aminn.
Hehehe ... ala biasalah tu Bob, btw terima kasih krn sudi datang rumah aku.
Aminnnnn .... Sasterawan negara eh? hehehe
Post a Comment