PEMBERITAHUAN


PENGUMUMAN RASMI :

Mengumpul segala maklumat dan perkembangan Mantan SMKAS 88-89. Sila emel segamatsmka@yahoo.com

Kepada ahli, sila emel perkara tersebut :

1) Laman Web tempat anda bekerja @ laman web blog /Friendster/MySpace/ Facebook sendiri jika ada
2) No telefon dan emel
3) Alamat tempat bermastautin terkini

Sila tinggalkan komen/respon anda demi memeriahkan lagi blog ini. Terima kasih.

AKTIVITI AKAN DATANG:

Saturday, October 4, 2008

Perjumpaan Raya - 3/4 Oktober 2008

Salam raya, kembali ke arena blogging setelah beberapa hari menghabiskan raya di kampung. Syukur alhamdulillah, walaupun tak ramai yang turun, namun saya tetap merasakan kemeriahan berjumpa dengan sahabat-sahabat lama. Bercerita, bersembang, ketawa dan pelbagai cerita yang dikongsi, suka-duka, pahit-maung - menjadikan saya lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan di masa akan datang. Tanggal 3/10, saya menerima panggilan dari Jibek yang mengatakan bahawa berada di Parit Gantung, Muar dan saya bersyukur kerana dapat bertemu denganya walaupun agak ketat dengan proram menziarahi saudara (sebelah mertua saya). Cepat-cepat saya memutar stering menuju ke Parit Pinang 1000 (laut), untuk kembali ke rumah Tok Yah Bahyut. Rupa-rupanya Jibek sudah terlepas ke depan sedikit, saya mengambilnya dan kami terus menuju ke destinasi tempat minum.

Bersama Jibek

Banyak kedai yang masih 'membisu' dan sepi begitu sahaja, terpaksalah saya dan Jibek menyusur di sepanjang Jln Temenggung Ahmad, mencari kedai yang bermurah hati untuk kami langsaikan dahaga yang kian menyengat. Mujurlah kedai murtabak kambing (Parit Perupok), di sebelah mahkamah Majistret ternganga luas. Pantas kami bertindak, mencuri ruang yang masih kosong. Ya, petang itu hanya saya dan Jibek berjumpa, dari kisah karier melewati ke hal-hal lain yang kami bincangkan. Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat bertemu dengan Jibek setelah hampir 15 tahun tidak bertemu. Namun waktu pantas menyedarkan kami bahawa sudah hampir lewat senja dan kami berpamitan hampir maghrib juga. Tapi sebelum itu, Semut ada menghubungi saya pada malam raya pertama. Teringin benar saya ingin bertemu dengannya. Saya jangkakan dapat bertemunya lebih awal, tapi sementara menantikan sms dari Semut, saya sudah keletihan menunggu. Akhirnya dengan pakaian berjalan, saya tertidur kerana keletihan memandu di dalam kesesakan lalu-lintas yang menggarang dari KL ke Muar.


Tapi selepas pertemuan dengan Jibek, hati saya melompat kegirangan. Tidak sabar untuk bertemu dengan rakan-rakan pada malam harinya. Jam lebih kurang 7.50 mlm, Samad telah menghubungi saya untuk mendapatkan kepastian samada jadi atau tidakkah untuk bertemu pada malam tersebut. Saya kata "Ya, jadi." Maka malam bersejarah tersebut saya, Kudin, Samad dan Leman bertemu lagi setelah sekian lama berpamitan tanpa secebis berita. Alhamdulillah. Dari tempat pertama berjumpa di (gerai makan) bersebelahan dengan Pusat Tuisyen Maharani, jkami ke Tanjung Emas untuk menyambung perbincangan. Agak lama juga di situ, sehinggalah masing-masing hendak 'terkucil' dan tiada tandas awam yang buka. Mujurlah tindakan pantas dan berani Kudin, kami dapat meninggalkan keperitan di bangunan baru (jangkanya menjadi pejabat Maju Ikan Muar). Kemudian, Leman menghubungi Dobi, ujarnya Dobi - dia akan datang ke situ dari Sri Gading (rumah mertuanya), tapi entah bagaimana dia tidak kunjung, lalu kami berpindah sekali lagi ke Perhentian Bas Muar - BP yang lama. Di situ kami menghabiskan waktu dengan perbualan yang lebih intim dan agak panjang.


Sedang kami rancak berbual, Yudha menelefon kami bertanyakan keadaan malam itu. Sempat juga kami berempat bercakap dengannya secara ringkas. Banyak yang kami perbualkan, terutama yang melibatkan kenangan semasa di SMKAS. Alhamdulillah, walaupun banyak sms saya yang terbazir dan tidak dijawab oleh rakan-rakan, namun saya positif mengatakan bahawa Insya-Allah pertemuan akan datang akan lebih ramai yang menyertainya. Lagipun, saya agak kesuntukan semasa menyusun jadual perjumpaan. Mana tahu, takdir Allah akan mempertemukan kita semula lagi dalam kuantiti yang lebih membahagiakan. Dan saya juga berdoa agar silaturahim antara kita akan berkekalan hinggalah ke akhir hayat, amin.

p/s : Samad menelefon Kolon yang katanya akan cuba melunaskan pertemuan pada malam itu, namun beliau tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu.

Mahbub ketika dihubungi dalam perjalanan ke Banting mengambil familinya, dan dijangka lambat tiba.

Adipos pula menghantar sms maghrib itu - beliau rupanya sudah 5 hari dimasukkan ke hospital kerana terkena demam denggi, namun sudah berada di rumah ketika dihubungi saya sejurus menerima sms beliau. Adipos terpaksa membuat folow-up yang seterusnya di hospital.

Wafi - lewat tengahari itu menelefon saya, menyatakan kemaafan kerana tidak dapat hadir pada malam itu.

Haron - saya baru menerima sms daripadanya malam tadi, tidak dapat hadir kerana berada di Terengganu dan terkena demam Chikunia, terlantar bisa selama 3 hari tapi alhamdullilah dapat juga bangun dan dalam perjalanan pulang ke Segamat.

Kita doakan mudah-mudahan sahabat-sahabat semua dalam sihat sejahtera yang berpanjangan hendaknya, mana-mana yang tidak sihat, sama-samalah kita mendoakan agar beroleh kesembuhan hendaknya. Amin. Akan datang (selepas bulan 10 - setelah habis bulan raya), saya cuba aturkan pertemuan di Kl pula. Wassalam.

Makan Malam - di taja oleh Kudin, terima kasih bro!

2 comments:

Bob said...

Bob - Nampaknya semua yang jumpa nie bulat-bulat jer he he... selamat raya.. maaf zahir batin sekali lagi.

Bro Limbong said...

hehehe ... mau tak bulatnya ... bahagiaaaa ... alhamdulillah