PEMBERITAHUAN


PENGUMUMAN RASMI :

Mengumpul segala maklumat dan perkembangan Mantan SMKAS 88-89. Sila emel segamatsmka@yahoo.com

Kepada ahli, sila emel perkara tersebut :

1) Laman Web tempat anda bekerja @ laman web blog /Friendster/MySpace/ Facebook sendiri jika ada
2) No telefon dan emel
3) Alamat tempat bermastautin terkini

Sila tinggalkan komen/respon anda demi memeriahkan lagi blog ini. Terima kasih.

AKTIVITI AKAN DATANG:

Friday, October 10, 2008

SALAM AIDILFITRI UNTUK SEMUA



Saudaraku semua ...

Alhamdullillah perjumpaan hari tu walau tidak seramai mana, cukuplah sebagai permulaan untuk perjumpaan seterusnya yang dijangka akan lebih besar.


Ampun dan maaf dipinta kerana tidak dapat hadir sebab telah berada di Bangi menjelang dinihari hari raya kedua. Nak buat camna, demi menjaga 'periuk nasi'. Walaubagaimanapun aku tetap bangga dengan usaha sdr Limbong untuk menyatukan kembali kita semua rakan2 sekelas, sebilik dan sesekolah dlm blog ini. Tentunya banyak perkembangan terbaru tentang kehidupan kita yg boleh dikongsi bersama.

Separuh terkejut apabila melihat Jibek dalam gambar ... kurusnya kau! Yg lain nampaknya maintain .... maintain montel, macam aku. Malah ada yg lebih besar dari aku... he he... Ramai kengkawan yg lama tak berjumpa. Ada yg langsung tak pernah jumpa lepas sekolah macam Hazman, Jenol dan Botcha. Yudkha pon aku tak penah jumpa, tapi ada la phone calls dan sms selalu. Mangin dulu ada jugak call tapi skrg dah senyap dah. Dhobi last aku jumpa kat rumah pakcik aku yg satu opis dengan dia (pejabat Kadi Muar). Ucop sejak parents dia dua2 dah tak de, jarang balik Muo, so payah jumpa. Kiyai last jumpa kat kenduri rumah Samad. Apa ceritanya ntah.

Bagaimanapun, diharapkan agar saudara2 semua akan sentiasa menceriakan lagi blog kita ini dengan pelbagai benda2 menarik terutama cerita dan gambar2 lama. Rasanya masih banyak gambar2 lama kita semasa di sekolah dulu yang belum dapat dicari. Insyaallah kalau berkesempatan, akan ada post gambar2 tersebut.

Harap kengkawan yang jatuh sakit haritu sudah recover dan ceria kembali bersama keluarga dan rakan-rakan. Bersama-samalah kita jaga kesihatan ... lagipun bukannya kita ni semakin muda. Tapi semakin singkat umurnya.

Batch budak2 form 1 masa kita start masuk SMKAS pon dok kumpul maklumat geng diaorang (info drp YahooGroups SMKASian). Tak tau la bila diorag nak buat reunion diaorg.
Sapa2 yg pergi rumah Mahbub, jumpa korang kat sana. Tapi aku mungkin pi awal sikit dlm kul 11 pagi sbb byk rumah nak kena pegi petang tu.
Cukuplah dulu buat kali ini, harap dapat menulis lagi di lain masa... wassalam.

Zulkefli Mohamed (incase korang lupa nama betul aku ha ha ha)


1 comment:

Anonymous said...

Harapan saya cuma satu agar semua geng kita dapat berjumpa di blog kerana masing2 agak ketat dgn komitmen masing2. Meskipun jauh, tapi insya-allah blog ni dapatlah menghubungkan kita, semua. Kalau aku nak msg semua orang ,tak laratlah aku. Lagipun bukan semua yang rajin reply sms aku tu ... hehehe. Kecuali mrk yg takda akses utk tenet sahaja yg aku sms utk pape pertemuan dan perkembangan.