
Tanggal 21.9, kali ini rancangan untuk mengunjungi rakan dan ziarah raya tidak lagi saya rancang seperti selalu. Pengalaman lepas membuatkan saya fikir bahawa masing-masing punyai komitmen dan rancangan yang tersendiri, jadi saya tak mahu menganggu. Kali ini, saya terus menghantar sms dan merancangan untuk ziarah raya pada hari yang sama. Raya pertama, saya dan isteri sudah mengunjungi sdr Haron pada sebelah petang raya pertama. Alhamdulillah sdr Haron ada di rumah dan akan berlepas ke Terengganu pada raya yang kedua.
Raya kedua - saya menghubungi sdr Kolon di rumah. Terus saya ke sana dengan famili. Alhamdulillah sdr Kolon sihat adanya, tidak berubah walau sedikit pun. Keramahan beliau dan isterinya, sdri Syikin membuatkan kami merasakan bahawa ini adalah pertemuan dua keluarga yang lama terpisah dan dapat memperbaharui semula perhubungan yang agak jeda. Sdr Zaris yang kemudiannya turut serta beraya di rumah sdr Kolon.
Kemudian, saya merancang dengannya untuk menziarahi Ustaz Zainal pada sebelah petang setelah ustaz mempunyai luang masa. Sementara itu, saya berkunjung ke rumah sdr Adipos yang lama menyepi dan sunyi. Alhamdulillah anaknya sudah empat dan masih maintain gitu. Hehehe .... Pada sebelah petang seperti yang kami janji, terus ke rumah ustaz Zainal walaupun jarum jam sudah menunjukkan angka 5.30 petang.
Suasana agak mengharukan bagi saya, agak lama juga kami semua tidak bersua wajah, dan kali ini raya menjadi begitu bermakna kerana rakan-rakan membawa famili masing-masing. Banyak perkara yang diceritakan; kenangan di SMKAS, kerja, famili dan sebagainya. Saya kira wajah beliau berseri-seri seawal menyambut kedatangan kami. Dijamu dengan penganan dan air, perbualan menjadi semakin rancak. Kemudian sdr Samad pula menghubungi, saya katakan datang saja kerana ada lauk rusa masak kari. Hehehe ...
Pada raya ke-3, saya sempat bersua dengan rakan kita, sdr Semut yang beraya di rumah mentuanya di Parit Bakar, Muar. Walaupun masa agak singkat, namun saya rasakan perbualan begitu bermakna. Alhamdulillah, syukurlah, raya kali ini dapat bertemu lagi dengan rakan-rakan SMKAS yang sudah lama tidak bersua. Dan tambah bermakna apabila dapat berjumpa dengan ustaz Zainal, alhamdulillah syukur.
Moga-moga pada masa akan datang dapat bersua lagi pada bila-bila masa yang ada luang dan lapang. Saya sebagai pengendali blog ini menyeru pada rakan-rakan SMKAS batch saya agar memeriahkan lagi blog ini, jangan sepi begitu sahaja. Akses sudah diberi, layang-layangkanlah berita ke sini untuk makluman semua. Kalau harap saya seorang, tak terdaya saya nak kendalikannya. Terima kasih dan selamat hari raya.
3 comments:
Tahniah bro Limbong atas usaha merapatkan siraturrahim & ukuwah kita. Saya ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin & maaf kerana tak dapat menyertai missi bro pada kali ini. InsyaAllah dilain waktu
Bro Kudin - Insya-Allah akan datang kita akan berjumpa andai ada izin Allah, amin amin.
Bro Kudin - Insya-Allah akan datang kita akan berjumpa andai ada izin Allah, amin amin.
Post a Comment