PEMBERITAHUAN


PENGUMUMAN RASMI :

Mengumpul segala maklumat dan perkembangan Mantan SMKAS 88-89. Sila emel segamatsmka@yahoo.com

Kepada ahli, sila emel perkara tersebut :

1) Laman Web tempat anda bekerja @ laman web blog /Friendster/MySpace/ Facebook sendiri jika ada
2) No telefon dan emel
3) Alamat tempat bermastautin terkini

Sila tinggalkan komen/respon anda demi memeriahkan lagi blog ini. Terima kasih.

AKTIVITI AKAN DATANG:

Sunday, August 15, 2010

SALAM RAMADHAN

Salam untuk semua rakan rakan. Semoga Ramadhan tahun ini akan penuh dengan keberkatan dan dimurahkan rezeki hendaknya. Semoga kita akan dapat berjumpa di kala Raya nanti. Jemputlah ke rumah saya di Muar. Insyaallah tahun ini beraya di Benut dan bermula raya ketiga saya berada di Muar.

Zulkefli aka Kolon

Thursday, July 15, 2010

Di Manakah Mangin (Ismail Azmin)?




Inilah wajah rakan kita yang tidak dapat dihubungi sehingga kini. Ke manakah dia menghilang? Adakah dia menyembunyikan dirinya? Mengapa? Siapakah yang mampu menjawab misteri kehilangan Mangin! Sila hubungi kami untuk ukhuwah yang sudah lama terputus!

Kenangan Lampau

Di dewan makan

Kelas 89

Dorm Husin - yes!

Sunday, July 11, 2010

Wednesday, July 7, 2010

Ezad dan Bengkel Penulisan Skrip Drama AVA

Shahrul Ezad Md Din
Sila lihat FB beliau

Perserta bengkel

Ezad sedang 'membelasah' perserta


Pada 10 Januari 2010 yang lepas, saya memanggil Ezad untuk memberi bimbingan penulisan skrip drama melalu AVA. Ceritanya di sini - sila klik kisah Ezad.

Perjumpaan 2010?

Perjumpaan pertama dahulu adalah pada 17 Januari 2005. Lama sangat dah. Selepas itu ada siri pertemuan semasa raya dan sebagainya. Entah bila lagi agaknya nak berjumpa ya, kawan2? Insya-Allah kalau tiada apa-apa aral melintang, saya fikir bulan puasa kali ini elok juga kita berkumpul dan berjumpa pada mana-mana rakan yang ada di KL. Bagaimana? Ada sambutan?

Tuesday, November 3, 2009

Lagu Warisan

Muat turun di sini - Warisan

Anak kecil main api,

terbakar hatinya yang sepi

air mata darah bercampur keringat,

bumi dipijak milik orang

nenek moyang kaya-raya,

tergadai seluruh harta benda

akibat sengketa sesamalah kita,

cinta lenyap di arus zaman,

indahnya bumi kita ini,

warisan berkurun lamanya

hasil mengalir ke tangan yang lain,

peribumi merintih sendiri

masa depan sungguh kelam,

kan lenyap peristiwa semalam

tertutuplah hati, terkunci mati,

maruah peribadi sudah hilang

kini kita tinggal kuasa,

yang akan menentukan bangsa

bersatulah hati bersama berbakti,

pulih kembali harga diri

kita sudah tiada masa,

bangunlah dengan maha perkasa

janganlah terlalai, teruskan usaha,

Melayu kan gagah di nusantara

Wednesday, October 14, 2009

Open House

Salam …

tuan-tuan

DENGAN hormatnya DIjemput ke rumah terbuka hari raya Aidil Fitri

SEPERTI DI BAWAH:-

Tarikh :

18 Oktober 2009

Hari :

Ahad

Masa :

2.00pm hingga 6.00pm.

Tempat:

No. 52, Jalan Dividen Satu 23/6A, Seksyen 23, Shah Alam, Selangor


Salam Takzim..
Mahbub

0182251000

Thursday, September 24, 2009

Raya 2009

Sdr Kolon dan Zaris

Saya, Kolon dan Zaris

Bersama famili Haron

Beraya di rumah sdr Haron

Saya dan sdr Jawalalkhairi

Sdr Kolon & Jawal

Di rumah sdr Adipos

Kolon & isteri serta anak, isteri saya & anak

Di rumah sdr Kolon - saya & Zaris

Di rumah ustaz Zainal - 1, ramai-ramai

Di rumah ustaz Zainal - 2

Di rumah ustaz Zainal - 3 - Zaris & isteri

Di rumah ustaz Zainal - 3 - Kolon, Syikin dan anak perempuannya

Samad, ustaz Zainal

Dengan Semut

Tanggal 21.9, kali ini rancangan untuk mengunjungi rakan dan ziarah raya tidak lagi saya rancang seperti selalu. Pengalaman lepas membuatkan saya fikir bahawa masing-masing punyai komitmen dan rancangan yang tersendiri, jadi saya tak mahu menganggu. Kali ini, saya terus menghantar sms dan merancangan untuk ziarah raya pada hari yang sama. Raya pertama, saya dan isteri sudah mengunjungi sdr Haron pada sebelah petang raya pertama. Alhamdulillah sdr Haron ada di rumah dan akan berlepas ke Terengganu pada raya yang kedua.

Raya kedua - saya menghubungi sdr Kolon di rumah. Terus saya ke sana dengan famili. Alhamdulillah sdr Kolon sihat adanya, tidak berubah walau sedikit pun. Keramahan beliau dan isterinya, sdri Syikin membuatkan kami merasakan bahawa ini adalah pertemuan dua keluarga yang lama terpisah dan dapat memperbaharui semula perhubungan yang agak jeda. Sdr Zaris yang kemudiannya turut serta beraya di rumah sdr Kolon.

Kemudian, saya merancang dengannya untuk menziarahi Ustaz Zainal pada sebelah petang setelah ustaz mempunyai luang masa. Sementara itu, saya berkunjung ke rumah sdr Adipos yang lama menyepi dan sunyi. Alhamdulillah anaknya sudah empat dan masih maintain gitu. Hehehe .... Pada sebelah petang seperti yang kami janji, terus ke rumah ustaz Zainal walaupun jarum jam sudah menunjukkan angka 5.30 petang.

Suasana agak mengharukan bagi saya, agak lama juga kami semua tidak bersua wajah, dan kali ini raya menjadi begitu bermakna kerana rakan-rakan membawa famili masing-masing. Banyak perkara yang diceritakan; kenangan di SMKAS, kerja, famili dan sebagainya. Saya kira wajah beliau berseri-seri seawal menyambut kedatangan kami. Dijamu dengan penganan dan air, perbualan menjadi semakin rancak. Kemudian sdr Samad pula menghubungi, saya katakan datang saja kerana ada lauk rusa masak kari. Hehehe ...

Pada raya ke-3, saya sempat bersua dengan rakan kita, sdr Semut yang beraya di rumah mentuanya di Parit Bakar, Muar. Walaupun masa agak singkat, namun saya rasakan perbualan begitu bermakna. Alhamdulillah, syukurlah, raya kali ini dapat bertemu lagi dengan rakan-rakan SMKAS yang sudah lama tidak bersua. Dan tambah bermakna apabila dapat berjumpa dengan ustaz Zainal, alhamdulillah syukur.

Moga-moga pada masa akan datang dapat bersua lagi pada bila-bila masa yang ada luang dan lapang. Saya sebagai pengendali blog ini menyeru pada rakan-rakan SMKAS batch saya agar memeriahkan lagi blog ini, jangan sepi begitu sahaja. Akses sudah diberi, layang-layangkanlah berita ke sini untuk makluman semua. Kalau harap saya seorang, tak terdaya saya nak kendalikannya. Terima kasih dan selamat hari raya.

Al-Fatehah

Ibu kepada rakan kita, Sulaiman Sharif telah pulang ke rahmatullah pada 23 September 2009, jam 4 pagi dan dikebumikan di Rengit, Batu Pahat. Marilah sama-sama kita sedekahkan fatehah buat ibu beliau, moga-moga ditempatkan di kalangan orang-orang diredhai oleh Allah, amin al-fatehah.