
Harap maklum,
Nombor hf dan alamat mana-mana rakan yang respons telah saya kirimkan melalui emel untuk simpanan dan rekod kawan-kawan. Terima kasih.
Pantun Raya
Kelantan…
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita
Terengganu…
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile
Pahang…
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin
Johor…
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie
Melaka…
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok
N. Sembilan…
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)
Selangor/K.Lumpur…
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu
Perak…
Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase(Asal) teman selamat sampei
Kedah…
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau
Penang…
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jgn dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq
Perlis…
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang
Anak kecil main api,
terbakar hatinya yang sepi
air mata darah bercampur keringat,
bumi dipijak milik orang
nenek moyang kaya-raya,
tergadai seluruh harta benda
akibat sengketa sesamalah kita,
cinta lenyap di arus zaman,
indahnya bumi kita ini,
warisan berkurun lamanya
hasil mengalir ke tangan yang lain,
peribumi merintih sendiri
masa depan sungguh kelam,
tertutuplah hati, terkunci mati,
maruah peribadi sudah hilang
kini kita tinggal kuasa,
yang akan menentukan bangsa
bersatulah hati bersama berbakti,
pulih kembali harga diri
kita sudah tiada masa,
bangunlah dengan maha perkasa
janganlah terlalai, teruskan usaha,
Melayu
AKULAH PENYAIR YANG TURUN DARI GUNUNG
BERATUS TAHUN TELAH KU DUDUK DI SITU
BERATUS - RATUS TAHUN
KINI KU TURUN KE LEMBAH
MELIHAT MANUSIA
KECIL MISKIN LAGI HINA
HIDUP MEREKA MELATA LATA
TANGAN MU KU GENGGAM KU JULANG KE UDARA
AKAN KU JERITKAN BAGAIKAN HALILINTAR
KEBEBASAN ABADI
AKAN KITA SUSUN PERBARISAN
MENJULANG KEJAYAAN
MILIK KITA
MILIK SEMUA
KITA HIDUP BAHAGIA
MILIK KITA
MILIK SEMUA
KITA HIDUP BAHAGIA
Hakcipta Terpelihara
Weblog ini telah dibina mulai 24 September 2008
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Alumni SMKAS 88-89. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari blog ini. Terima kasih.
Emel : segamatsmka@yahoo.com